http://www.islam.gov.my/hijrah-membentuk-keluarga-cemerlang
Oleh : Norazifi Mohamad @
Mohamed
Panel Penulis JAKIM
Episod penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w dan kaum muslimin dari Mekah ke Madinah mempunyai hikmah yang
bukan sahaja membuka jalan kepada perkembangan Islam dan mendekatkan diri
kepada Allah, tetapi juga memberikan nafas baru dalam hubungan sesama manusia.
Masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu sangat kuat dengan semangat assabiyahnya
sehingga sering berlaku pertumpahan darah sesama kabilahnya. Hijrahnya Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ke Madinah yang membawa bersama akidah Islam
yang suci telah membentuk cara hidup berlandaskan Islam.
Hijrah telah menukarkan
prinsip taksub dan amalan jahiliyah kepada ketaatan yang total kepada Islam.
Hijrah Rasululullah s.a.w ini membawa dakwah Islamiah kepada tahap kedua iaitu
perlaksanaan ajaran Islam sepenuhnya terutama jihad di mana sebelum itu selama
tiga belas tahun di Mekah, seruan Islam lebih menekankan aspek tauhid dan
keimanan kepada Allah. Tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah iaitu hasil dan
berkat peristiwa hijrah ini maka bermulalah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan
selepas itu mengajar umat Islam tentang kewajipan dan tanggungjawab terhadap
sesama manusia yang merangkumi sistem pentadbiran, ekonomi, politik dan
kemasyarakatan termasuklah sistem kekeluargaan dalam Islam. Berdasarkan dua
peringkat dakwah Islamiah ini, dapatlah diambil satu pengajaran iaitu dalam
membentu
Rumahtangga merupakan alam
baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau
sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam
bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka. Firman Allah
dalam surah An-Nahl ayat 80 yang bermaksud,
'Dan Allah menjadikan bagimu
rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)'
Islam telah menggariskan
satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan
dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah
keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni,
bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan
sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan
anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu
melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam
keluarga mereka.
Keluarga Islam wajib
menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam
perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. Menjadi tugas dan tanggungjawab
suami isteri untuk mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah sebagaimana firman Allah s.w.t dalam
surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud;
'Antara tanda-tanda kebesaran
dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan
antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah),
sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
orang-orang yang berfikir'.
Terdapat beberapa ciri yang
perlu ada untuk membentuk sebuah keluarga cemerlang antaranya bertakwa,
bekerjasama, saling memahami, sayang menyayangi dan bertanggungjawab. Konsep
ketakwaan kepada Allah s.w.t harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga
iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang
lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga.
Anak-anak yang masih kecil seharusnya dididik mengerjakan sembahyang supaya
apabila dewasa nanti mereka memahami bahawa sembahyang itu adalah wajib bagi
setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
'Suruhlah anak-anak kamu
mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur
10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka.'
(Riwayat Al-Hakim dan Abu
Daud)
Bagi membentuk keluarga
cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’
iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ini
dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan
amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama. Pembacaan buku agama di
rumah beramai-ramai juga merupakan amalan yang sihat bagi rumahtangga cemerlang
kerana secara tidak langsung dapat menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan ahli
keluarga.
Amalan-amalan tersebut
selain mempunyai faedah yang besar, ia dapat mendidik anak-anak menghayati
budaya keluarga Islam yang cemerlang. Ia juga dapat menghindari ahli-ahli
keluarga terjerumus ke dalam maksiat dan kemungkaran seperti keruntuhan akhlak
atau haruan makan anak.
Oleh itu, setiap lelaki
muslim sebelum melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dan menjadi ketua
keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan dirinya dengan pelbagai
ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga cemerlang.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;
'Kaum lelaki adalah
pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah
belanjakan sebahagian dari harta benda mereka.'
Sebagai ketua keluarga,
suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika keluarga dicorakkan
dengan acuan kehidupan ala barat, maka begitulah jadinya. Tetapi jika suami
mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga
mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak yang tabiinya berkeadaan
suci bersih maka ditangan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
'Tiap-tiap anak
dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'
(Riwayat Bukhari)
Ketenangan dalam rumahtangga
tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya. Seorang suami yang mempunyai kuasa
mutlak dalam keluarga seharusnya lebih bertolak ansur dan memahami keadaan
isterinya dalam menempuh arus kehidupan dalam zaman yang serba moden ini.
Tekanan kerja dan kos kehidupan yang semakin mencabar bukanlah alasan untuk
mengabaikan tanggungjawab dan layanan kepada pasangan. Perubahan seperti inilah
yang memenuhi maksud hijrah dalam konteks suami masa kini. Oleh itu, si suami
harus lebih memahami isterinya, bertolak ansur, sentiasa kasih mengasihi,
memperbanyakkan sabar, tabah di dalam menghadapi gelora rumahtangga dan menjadikan
sikap suka bermaaf-maafan sebagai satu amalan. Dengan itu, segala masalah yang
timbul dapat diatasi dengan aman dan keharmonian rumahtangga terus terpe
Isteri adalah berkongsi
peranan dalam membantu suami mencapai matlamat rumahtangga yang dibina. Sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai bermaksud,
'Sebaik-baik isteri ialah
menggembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan
apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga kehormatan dirinya dan harta
kepunyaan suaminya'.
Islam telah memberi garis
panduan yang jelas berkenaan ketaatan seorang isteri kepada suaminya iaitu
bukan pada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam iaitu
al-Quran dan Sunnah. Isteri sememangnya memiliki kelebihan dan potensi yang
tiada pada suami. Kelembutan, penyayang dan penyabar merupakan ciri terpenting
dalam mendidik anak-anak dan pasangan hidup yang sempurna. Oleh itu, isteri
mesti memainkan peranan membina keluarga cemerlang dengan tidak meletakkan
tanggungjawab sepenuhnya kepada suami. Maka sewajarnyalah si isteri berubah dan
berhijrah menjadi isteri yang solehah, berperanan secara aktif dan optimis
serta bersama-sama berganding bahu membina keluarga Islam yang sebenarnya.
Jika suasana rumahtangga
mulai hambar, suami isteri perlu mengimbas kembali keindahan rumahtangga yang
pernah mereka kecapi di awal-awal perkahwinan. Jika suami isteri mula merasai
ada unsur-unsur kebosanan dalam keluarga, masing-masing perlu segera memainkan
peranan untuk membaikinya. Ini kerana keluarga cemerlang adalah berasaskan
kebahagiaan hubungan suami isteri itu sendiri.
Bagi mengelakkan sebarang
masalah atau perselisihan, suami isteri perlu bekerjasama dan saling berbincang
tentang hal-hal yang berkaitan dengan urusan rumahtangga, pendidikan anak-anak
mahupun kewangan.
Oleh itu, sewajarnyalah kita
berhijrah meninggalkan sikap yang lama iaitu mementingkan kerehatan diri
sendiri setelah pulang bekerja sama ada suami atau isteri dan mengabaikan tugas
dan peranan sebagai ahli keluarga. Mereka seharusnya bekerjasama dan bersabar
dalam membina kerukunan rumahtangga. Suami isteri harus bijak dan berlatih
membahagikan masa serta saling bertoleransi antara satu sama lain kerana hasil
yang baik tidak mungkin dapat dikecapi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan
berpenat lelah terlebih dahulu.
Suami seharusnya menyedari
tentang beban pasangannya. Dia seelok-eloknya bersikap berkasihan belas kerana
banyak perkara yang perlu si isteri lakukan dalam masa yang singkat seperti
menjaga kebajikan suami dan anak-anak, pendidikan anak-anak, urusan rumahtangga
dan keperluan dirinya sendiri. Dalam masa yang sama si isteri tidak seharusnya
mementingkan diri sendiri tetapi turut menghalusi beban yang ditanggung oleh
suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Jelas di sini bahawa seisi keluarga
harus saling memahami masalah dan beban tugas masing-masing dalam pekerjaan,
rumahtangga dan pendidikan anak-anak. Di samping itu, bebanan yang wujud ini
menimbulkan pelbagai emosi yang positif dan negatif. Bagi mengekalkan keharmonian
dalam keluarga, masing-masing perlu berperanan menjaga emosi pasan
Firman Allah dalam surah
At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud;
'Wahai orang-orang yang
beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka'
Berdasarkan ayat ini,
ternyatalah suami isteri bertanggungjawab untuk berusaha mendidik anak-anak
sejak dari kecil dengan asas keimanan iaitu rukun-rukun dan prinsip-prinsip
agama yang luhur. Bagi mengimbangi didikan yang diterima oleh anak-anak, ibu
bapa juga perlu meluaskan dalam memberi pendidikan seperti pendidikan akademik,
jasmani, akal, kejiwaan dan kemasyarakatan. Ini supaya anak-anak dapat membesar
dalam keadaan seimbang sebagai seorang anak yang soleh.
Ibu bapa perlu bersama-sama
melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Sikap meletakkan tanggungjawab
sepenuhnya kepada guru dan para pendidik dalam urusan pembelajaran anak-anak
perlulah diubah. Hijrah sikap yang sebegini amat penting kerana anak-anak juga
terbentuk dan terdidik oleh pengaruh persekitaran. Oleh itu, mentaliti ibu bapa
perlu diubah atau di’hijrah’kan dengan mewujudkan persekitaran yang baik yang
terdiri daripada ibu bapa sendiri, guru, sekolah, masyarakat dan media yang
menjurus ke arah pembentukan insan yang soleh, berguna dan cemerlang.
Keluarga cemerlang
memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan
dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada
hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan
kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa
sendiri. Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang
harmoni dalam keluarga. Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada
anak-anaknya sama ada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Dengan didikan yang sempurna
ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya
mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini
bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang,
puasa dan lain-lain, tetapi k
Menuntut ilmu juga adalah
peranan yang perlu dilakukan oleh setiap anak dari keluarga yang cemerlang.
Ilmu yang perlu dituntut bukan hanya ilmu keduniaan seperti sains dan
matematik, bahkan juga ilmu akhirat seperti akidah, ilmu feqah dan tasawwuf.
Anak-anak yang memperolehi kedua-dua ilmu itu sudah tentu dapat menseimbangkan
antara ibadat khusus dan pekerjaan supaya antara kedua-duanya tidak diabaikan.
Anak-anak yang soleh
pastinya anak yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa sama ada yang
masih hidup atau sudah mati. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila
matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama :
ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang
soleh. Jelaslah bahawa peranan anak-anak yang soleh yang mendoakan
kesejahteraan kepada ibu bapanya amat penting bagi menjamin ibu bapanya
sentiasa hidup bahagia, sejahtera dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan
akhirat.
Satu lagi peranan bagi
seorang anak untuk mewujudkan keluarga cemerlang ialah menjaga nama baik
keluarga. Anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa berkelakuan baik walau di
mana sahaja dia berada. Apa yang dilakukan adalah berlandaskan ajaran Islam
yang suci walau dalam apa bidang yang diceburi. Anak-anak yang soleh tidak
mudah terjebak ke lembah kehinaan seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan
sebagainya yang boleh memberi aib kepada ibu bapa dan keluarganya apatah lagi
mengganggu gugat keharmonian negara.
Keluarga yang cemerlang
bukan hanya diperolehi hasil dari hubungan antara anggota keluarga sahaja
malahan hubungan dengan jiran sekeliling. Perhubungan kejiranan yang intim
dapat diwujudkan bermula dengan berbual-bual mesra antara satu sama lain.
Keluarga yang cemerlang bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni di dalam
keluarga bahkan keharmonian tersebut dapat dikongsi bersama sesama jiran. Sikap
dan amalan yang negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti jiran,
menabur fitnah, mementingkan diri sendiri, anti sosial dan sebagainya, tidak
ada dalam kamus keluarga cemerlang. Setiap anggota keluarga bermula dari ibu
bapa sehingga anak-anak adalah sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana
harmoni sesama jiran. Oleh itu, keluarga yang cemerlang ialah anggota keluarga
yang berhi
Secara umumnya dapatlah ditegaskan
di sini bahawa institusi keluarga merupakan unit masyarakat yang paling kecil
yang menjadi titik tolak ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang lebih besar
dan seterusnya membentuk sebuah negara. Mendirikan rumahtangga atau membentuk
sebuah keluarga cemerlang merupakan satu tuntutan Islam dan sempurnanya separuh
agama.
Program Rumahku Syurgaku diadakan untuk mengajak dan memandu
masyarakat bagaimana untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, aman damai
dan cemerlang. Tidak dapat dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dan
perselisihan kecil. Namun, berbekalkan iman dan takwa yang mantap, pasti
fenomena berkeluarga sedemikian dapat diatasi dan dikawal dengan baik.
Perselisihan pendapat adalah fasa penyesuaian satu-satu pasangan dan ia adalah
proses kematangan mencapai kecemerlangan hidup berumahtangga.
Oleh itu, berhijrahlah diri
dari sikap yang buruk dan pengaruh jahiliyah kepada acuan Islam yang pastinya
memandu kita mewujudkan keluarga Islam yang harmoni lagi cemerlang dan
berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk hidup kita. Kikislah
minda yang tidak bersesuaian dengan agama agar hidup kita akan diredhai oleh
Allah dan mendapat keampunan-Nya.