1/13/12

MUHASABAH DIRI


Muhasabah diri:
Kita adalah musafir,walau sehebat mana pun kita,janganlah kita lupa dari mana kita datang dan dari mana asal usul kita.
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1.Muda vs tua
2.Lapang vs sempit
3.Sihat vs sakit
4.Kaya vs miskin
5.Hidup vs mati


1/12/12

ALHAMDULILLAH TANDA BERSYUKUR



Bila kesenangan menjelma,
Ucaplah alhamdulillah,
Bila kesusahan melanda,
Ucaplah alhamdulillah.

Alhamdulillah,alhamdulillah,
Tanda syukur pada Yang Maha Esa,
Yang menjadikan manusia,
Sebaik-baik kejadian.

Ujian yang menduga,
Tanda ALLAH sayang,
Tidak ALLAH bebani setiap hamba-hambaNYA,
Melainkan terdaya dan termampu.

ALLAH Maha Adil,
ALLAH Maha Penyayang,
Setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya,
Bersabar dan redhalah menghadapinya.


1/10/12

BERHATI-HATILAH MENJAGA HATI


Berhati-hatilah Menjaga Hati

Pada remaja,tidak kira yang berada di sekolah rendah,menengah dan IPT atau di alam pekerjaan,berhati-hatilah menjaga hati.Ia terlalu berharga untuk diberikan kepada seseorang dengan sewenang-wenangnya.Oleh kerana ia terlalu berharga berilah kepada yang berhak dan tinggi darjatnya.Siapa lagi kalau bukan ALLAH?DIA sahaja yang paling layak untuk kita berikan hati kita.

*Hari ini remaja-remaja yang masih lagi di bangku sekolah sudah pandai bermain cinta,baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah.Terlalu mengikut kata nafsu,akibatnya menyesal di kemudian hari.Ianya bukan asing lagi,ditambahi dengan zaman serba maju pada hari ini(zaman kegemilangan IT).


1/7/12

MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI

MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI

                                  Yang singkat itu 'WAKTU'



                                  Yang menipu itu 'DUNIA'



                                Yang dekat itu 'KEMATIAN'



                               Yang besar itu 'HAWA NAFSU'



                                  Yang berat itu 'AMANAH'


                                                           
                                   Yang sulit itu 'IKHLAS'



                             Yang mudah itu 'BERBUAT DOSA'



                                  Yang susah itu 'SABAR'



                      Yang sering lupa itu 'BERSYUKUR'



                                        
              Yang membakar amal itu 'MENGUMPAT' (GHIBAH)



                                                  
                         Yang mendorong ke neraka itu 'LIDAH'



                                    Yang berharga itu 'IMAN'



                   Yang mententeramkan hati itu 'TEMAN SEJATI'


                                      
                             Yang ditunggu Allah itu 'TAUBAT'



1/5/12

FITNAH TERBESAR


Fitnah Terbesar

Dari Usamah bin Zaid r.a,Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”.
 (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



1/2/12

SURAH AL-MAA'UUN



Surah Al-Maa'uun

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
(Al-Maa'uun 107:1) 
A002
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
(Al-Maa'uun 107:2) 
A003
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
(Al-Maa'uun 107:3) 
A004
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
(Al-Maa'uun 107:4) 
A005
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
(Al-Maa'uun 107:5) 
A006
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
(Al-Maa'uun 107:6) 
A007
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
(Al-Maa'uun 107:7) 


1/1/12

SEGALANYA TERLETAK PADA HATI


Segalanya Terletak Pada Hati

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu”.
 (Muslim)

Huraian
Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada (heart). Ia berfungsi sebagai penetral darah. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani. Dia berkata:"Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka sebagaimana firman Allah dalam surah asy-Syams ayat 7-10.” Hati di ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua aktiviti seseorang. Jika hati baik maka akan baiklah kelakuan seseorang itu dan jika sebaliknya maka buruklah peribadi seseorang itu. Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yuang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



TETAP PENDIRIAN


Tetap Pendirian

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
(Riwayat Ahmad)

Huraian
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


MENJAGA HATI



Menjaga Hati

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati".
(Bukhari dan Muslim)

Huraian
i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia