10/20/09

renungan hati...-i luv islam

Ingatlah Sesungguhnya Rakan Seperjuangan Akan Perkara Ini .

Manusia selalunya akan melakukan hal ini walhal sepatutnya sebagai Hamba Allahswt kita jangan melakukan ia :

1 ) Kasihkan Hidup Lupakan Mati ,
2 ) Kasihkan Harta Lupakan Hisab ,
3 ) Kasihkan Mahligai Lupakan Kubur ,
4 ) Kasihkan Dunia Lupakan Akhirat ,
5 ) Kasihkan Makhluk Lupakan Allah .

Selain itu rakan jika kita selalu bermal jariah dan selalu mengembirakan anak yatim kita akan dapat rahmat dari Allahswt akan perkara bawah ini :

1 ) Rezeki yang tidak dijangkan oleh kita sebagai hamba Allah yang Allah berikan kepada kepada kita .
2 ) Kita akan di lindungi dan di awasi oleh Allahswt dari Ramadhan ini kepada Ramadhan akan datang .
3 ) Allah tidak akan membiarkan kita menjadi papa kendana .

Sesungguhnya penawar hati kita yang sentiasa terkena jangkitan penyakit Mazmumah adalah membaca Al-Quran dan juga hadirkan segala majlis Ilmu serta melaksanakan Qiamulail . Qiamulail selain dapat memberikan penawar hati ia dapat jauhkan diri kita dari pelbagai penyakit Jasmani serta Allah akan memuliakan kita.

Abu Zar ada menyukai akan tiga perkara dibawah ini :

1 ) Sakit kerana ia sebagai kifarah dosa serta dekaktkan diri kepada Allah .
2 ) Lapar kerana ia melembutkan hati maka ringan kita ingin beribadat .
3 ) Kematian kerana kita akan dapat bertemu dengan cinta Hakiki kita iaitu Allahswt.

Renungan ini saya dapat ketika Kursus Guru-Guru KAFA siri 4,5 dan 6 pada 04 / 10 / 2009 hari Ahad pada Kuliah Subuh di Bilik Kuliah Samba 3 , Casa Rachado , Tanjung Tuan , Melaka disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Ja'afar , Ketua Penyelia Daerah Jasin.

No comments:

Post a Comment