http://www.islam.gov.my/e-hadith/kedamaian-asas-kebahagiaan-rumahtangga
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci
terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya
(boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada
yang dibencinya itu”.
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
1. Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak
dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku
perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras.
Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya
banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira.
2. Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas
kebahagiaan dalam kehidupan suami isteri.
3. Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya
dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan
perasaan dan sikap semulajadinya.
No comments:
Post a Comment