3/7/12

TERIMA KASIH


Assalamualaikum….
Kepada pemilik blog….saya harap penulisan di blog  tidak berhenti setakat ini aje.Teruskan dengan pengisian yang bermanfaat,walaupun saya tiada lagi.Teruskan memberi ilmu kepada sahabat-sahabat.Moga sentiasa dalam redhaNYA.

Hayatilah hadis ini:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat”.
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Pengajaran dari hadis ini ialah:
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58]:
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Renungilah juga hadis ini:
Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
 (al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah)

Pengajaran dari hadis ini:
Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Perlu diingatkan,saya menulis bukan kerana nama,tapi saya menulis kerana ALLAH.Saya ingin mengajak semua sahabat-sahabat kembali mencari jalan yang diredhai ALLAH.Saya berpegang pada sebuah hadis Rasululullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam iaitu:
"Sampaikan walaupun satu ayat".

Maaflah,andai ada tulisan-tulisan saya yang terkesan di hati sanubari sahabat-sahabat.Bukan niat saya berbuat begitu,tapi pengalaman banyak mengajar saya erti sesuatu.ALLAH anugerahi saya akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.DIA juga anugerahi saya mata untuk melihat sesuatu yang terjadi.Saya juga di anugerahi telinga olehNYA untuk mendengar.Apa yang ada pada diri saya semuanya anugerah dariNYA.Alhamdulillah,syukur padaNYA kerana menganugerahkan kepada saya sesuatu yang amat bernilai,segala yang saya miliki adalah percuma tanpa perlu membayar sesen pun.Terima kasih Ya ALLAH.

Segala kekurangan saya pohon berbanyak-banyak maaf.Pinta saya cuma satu,teruskan warnai blog  dengan pengisian yang bermanfaat.Semoga sentiasa dalam redha dan rahmatNYA.Berbanyak-banyak terima kasih kerana percayakan saya dan bagi saya peluang untuk sama-sama mewarnai blog ini.Tak kan saya lupa seumur hidup saya.InsyaALLAH ,selagi masih ada kepercayaan buat saya dan selagi nyawa dikandung badan akan saya teruskan mewarnai blog ini dengan idea-idea anugerah ALLAH buat saya.

Sekian dari saya……


3/6/12

WARKAH BUATMU


Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerana itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu.

-Artikel iluvislam.com



3/4/12

SEKADAR PESANAN


  • Usah terlalu menyanjung kelebihanku, bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku.
  • Usah terlalu berbangga akan keupayaanku, bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku.
  • Usah terlalu memuji segala kebaikanku, bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku.
  • Usah terlalu berharap akan diriku, bimbang nanti yang kau harap tidak seperti yang kau mahu.



2/27/12

MUSLIMAH SEJATI


Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata,wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.Itulah yang terbaik.
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.


2/19/12

SAHABAT


SAHABAT

Sahabat…..
kau hadir tepat pada waktunya…..
di saat aku memerlukanmu…..
sahabat di saat kesenangan menjadi milikku…..
sahabat di saat kesusahan menimpaku…..

Sahabat….
kemesraan yang terjalin di antara kita…..
menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan…..
walaupun ada di antara kita…..
tak pernah mengenali antara satu sama lain…..
tak pernah bersua…..
hanya alam siber yang menjadi penyambung ikatan persahabatan kita…..

Sahabat…..
kita sering bergurau senda…..
gurau senda di antara kita,mengeratkan kemesraan yang sedia terjalin…..
gurau senda di antara kita,tanpa menyakiti hati sesiapapun…..
gurau senda di antara kita,tidak melampaui batas…..
hanya gurau senda di antara sahabat kepada sahabat…..
itulah kemesraan yang wujud di antara kita…..

Sahabat…..
gembira kita,gembira semua orang…..
sedih kita,sedih semua orang…..
andai salah seorang seorang di antara kita gembira,maka gembiralah kita semua…..
andai salah seorang dari kita bersedih,maka bersedihlah kita semua…..
andai kita bersedih.ramai yang menawarkan diri…..
untuk sama-sama berkongsi kesedihan dengan kita…..

Sahabat…..
semoga ikatan silaturrahim…..
di antara kita berpanjangan…..
kekal selamanya…..amin.


2/18/12

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH


Ciri-ciri isteri solehah 

*Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.


2/15/12

UNTUK MEMILIH TEMAN


Untuk memilih teman….lelaki mesti pilih wanita yang cantik,bergaya n boleh di bawa ke sana sini.Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikkan pasangannya.
Antara pujian itu:
“pandai kamu memilihnya,kalaulah aku dapat,aku x akan lepaskannya”.
“pewittt,hebatnya kamu,cantik….cantik….cantik”.
Mestikan berbangga jika menerima pujian sebegitu.
Pasangannya boleh di bawa kemana-mana sahaja,setiap hari keluar dating….x kira siang malam,yang penting bahagia.Setiap hari ada temujanji.Setiap hari keluar berdua,tanpa jemu-jemu.Bahagiakah namanya itu,jika setiap hari keluar dating.Itulah lumrah pasangan berkasih,lupa segala syariat dan hukum ALLAH.
“yang penting happy,hidup hanya sekali”
Tahu pula hidup hanya sekali,kenapa x banyakkan amal ibadat,supaya kat sana nanti lebih bahagia,x ada masalah yang menimpa,x payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya x cantik,x bergaya….biarpun pasangannya seorang muslimah sejati,orang tentu akan mengejinya.Mesti dia terseksa,walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin syurga buatnya.
Antara kejian itu:
“x de orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan,leceh la”
“hahahaha,sakit perut aku,lawak,lawak….ketinggalan zaman la bro”
Mesti sakit hatikan,jika menerima kejian sebegitu.
Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi,dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua,kerana dia takutkan azab ALLAH dan dia x mahu hanyut oleh godaan iblis syaitan laknatullah.
Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini,sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.
Tentu kita bersungutkan,kalau ajakan kita x dapat dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita,walaupun dia x cantik pada rupa paras,tapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti.Ilmu agamanya penuh didada dan  menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

Untuk memilih teman…..wanita mestilah memilih lelaki yang handsome,bergaya n loaded.Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang handsome,bergaya n loaded….bahagia sangat-sangat,terasa dunia ini milik berdua.Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.
Antara pujian itu:
“hebatnya kamu,dah la handsome,bergaya…..loaded lagi”
“kalaulah aku dapat,bahagianya”.
Dalam hati x terkata,betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu.Tidur malam x lena,sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Happy sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa.Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.Sekarang ini zaman serba maju….ada facebook,handphone…hanya dihujung jari semuanya boleh jadi.Siang keluar dating,malam pun keluar dating….bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms,call n chatting kat facebook sehingga jam 3-4 pagi.Tak jemukah berbuat begitu.Tentu tidakkan.bila diri di lamun cinta,x jemu-jemu meluahkan rasa rindu.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya x handsome,x bergaya n x loaded….walaupun pasangannya seorang muslimin sejati,tentu malukan.Ya la,pasangan orang lain semuanya handsome,bergaya n loaded,sedangkan pasangan kita……huhuhu.Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi.x suka keluar dating kerana takutkan ALLAH.Tentu bosankan,asyik terperap aje.Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih,x sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita,mungkin ALLAH dah tetapkan untuk kita,supaya kita x terus hanyut dengan godaan iblis syaitan.ALLAH nak bagi untuk kita yang terbaik,jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita x terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.Kat dunia kita x merasai azab ALLAH,sebab tu la kita masih menghampiri maksiat,yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan aje.Kalaulah ALLAH turunkan azabnya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia,apakah yang terjadi kepada kita….sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Renungilah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Terbaik dari segala hal….
Duniawi mahupun ukhrawi…
Kelak dirimu bahagia .

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Soleh dan solehah…..
Mukminin dan mukminat….
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat….
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Baginya dunia hanya sementara…
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi….
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Al-Quran jadi panduan hidup…
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan….
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat….


2/14/12

SAYANG IBU


SAYANG IBU.


Ibu…..
bila malam menjelma…..
lenamu begitu mengasyikkan…..
tanpa kau sedari……
perlahan-lahan ku tatap matamu…..


Ibu…..
tak dapat ku bayangkan,andai mata itu…..
tak akan terbuka lagi…..
bersemadi selama-lamanya…..
bersama-sama dengan jasadmu…..


Ibu…..
ku sedar tanpamu siapalah aku…..
tanpamu juga tak mungkin…..
aku dapat menikmati hidup…..
di bumi yang sementara ini…..


Ibu…..
pengorbananmu tak terbalas olehku…..
biarpun dengan harta melimpah ruah…..
biarpun dengan wang ringgit tinggi menggunung…..
biarpun dengan nyawaku sendiri……


Ibu…..
kasih sayangmu tak berbelah bahagi…..
kasih sayangmu sama rata……
kasih sayangmu luhur……
tanpa membezakan sesiapapun…..


Ibu…..
Ku bersyukur sangat-sangat……
Memiliki seorang ibu yang penyayang…..
Sabar dengan setiap kerenahku…..
Sabar melayani kehendakku……
Biarpun terkadang hatimu di lukai…..
Namun kau tetap bersabar…..


Ibu…..
Engkaulah ratu hatiku.


UJIAN DAN DUGAAN DALAM HIDUP


Sukarnya jadi orang popular,ditambah lagi dengan handsome(bagi lelaki) dan cantik(bagi perempuan).Ramai yang ingin mendekati.Kalau artis tu lainlah,terang-terang dah popular,ini tak orang biasa aje. ‘Handsome’ sangat pun payah,ramai wanita yang menaruh hati.Kalau kebaikan diberikan seperti kerap memberi pertolongan atau apa-apa aje pun disalahertikan.Mulalah gangguan diterima melalui sms di telefon,chat,mesej inbox di facebook dan macam-macam lagilah.Zaman sekarang semuanya mudah,hanya dihujung jari aje,maklumlah ‘dunia dah maju,zaman dah berubah’.Hanya satu ‘klip’je semuanya jadi mudah.

Akibat tak mahu diganggu berterusan pendekatan mudah terpaksa diambil, kekosongan‘status hubungan’di facebook terpaksa diisi.Walaupun hakikat sebenarnya,tiada mempunyai hubungan dengan sesiapapun,tapi oleh kerana kerap sangat  menerima gangguan,itulah jalan terakhir yang terpaksa diambil semata-mata untuk mengaburi mata ‘si pengganggu’ itu.Kasihan sesiapa yang menerima nasib sebegini.

Sudah menjadi satu rutin,tak semena-mena terpaksa ‘update status’ mengenai hubungan percintaan.Bahagia sangat-sangat di lamun cinta.Padahal tiada sesiapa pun yang bertakhta di hati.Kalau di fikirkan kembali,banyak masa terbuang melayan situasi yang sebegini.Di dada facebook,dipenuhi status percintaan.Timbul belas kasihan,pada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini.

Urusan-urusan lain semuanya terganggu.Kehidupan tak setenang orang lain.Manakan tidak,asyik ada gangguan aje.Saban hari pula tu tak kira siang malam,pagi petang.Ada-ada aje sms di telefon,mesej inbox  di facebook.Berbagai-bagai kata manis diterima,hinggakan ada yang boleh mengongcangkan iman,andai iman tak kuat pasti mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.Elakkan diri dari terjebak kearah kemungkaran dan kemaksiatan.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya,hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-A'raaf ayat:200) 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)”. (Al-A'raaf ayat:201) 

Kepada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini,banyakkan bersabar dan mohon doa dari ALLAH,moga  ‘si pengganggu’ itu berhenti terus dari mengganggu anda.

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah ayat:153)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (A-li'Imraan ayat:200)

Anggaplah itu semua ujian dan dugaan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang beriman.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah ayat:286)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”. (A-li'Imraan ayat:8)