3/7/12

TERIMA KASIH


Assalamualaikum….
Kepada pemilik blog….saya harap penulisan di blog  tidak berhenti setakat ini aje.Teruskan dengan pengisian yang bermanfaat,walaupun saya tiada lagi.Teruskan memberi ilmu kepada sahabat-sahabat.Moga sentiasa dalam redhaNYA.

Hayatilah hadis ini:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat”.
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Pengajaran dari hadis ini ialah:
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58]:
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Renungilah juga hadis ini:
Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
 (al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah)

Pengajaran dari hadis ini:
Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Perlu diingatkan,saya menulis bukan kerana nama,tapi saya menulis kerana ALLAH.Saya ingin mengajak semua sahabat-sahabat kembali mencari jalan yang diredhai ALLAH.Saya berpegang pada sebuah hadis Rasululullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam iaitu:
"Sampaikan walaupun satu ayat".

Maaflah,andai ada tulisan-tulisan saya yang terkesan di hati sanubari sahabat-sahabat.Bukan niat saya berbuat begitu,tapi pengalaman banyak mengajar saya erti sesuatu.ALLAH anugerahi saya akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.DIA juga anugerahi saya mata untuk melihat sesuatu yang terjadi.Saya juga di anugerahi telinga olehNYA untuk mendengar.Apa yang ada pada diri saya semuanya anugerah dariNYA.Alhamdulillah,syukur padaNYA kerana menganugerahkan kepada saya sesuatu yang amat bernilai,segala yang saya miliki adalah percuma tanpa perlu membayar sesen pun.Terima kasih Ya ALLAH.

Segala kekurangan saya pohon berbanyak-banyak maaf.Pinta saya cuma satu,teruskan warnai blog  dengan pengisian yang bermanfaat.Semoga sentiasa dalam redha dan rahmatNYA.Berbanyak-banyak terima kasih kerana percayakan saya dan bagi saya peluang untuk sama-sama mewarnai blog ini.Tak kan saya lupa seumur hidup saya.InsyaALLAH ,selagi masih ada kepercayaan buat saya dan selagi nyawa dikandung badan akan saya teruskan mewarnai blog ini dengan idea-idea anugerah ALLAH buat saya.

Sekian dari saya……


No comments:

Post a Comment