HIMPUNAN HADIS HARIAN JAKIM
Hukum Memakai Sutera Dan Emas
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera dan emas."
(Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Huraian Hadith:
1.Emas dan sutera adalah perhiasan yang dipakaikan kepada
penghuni syurga di hari akhirat kelak. Oleh itu Islam telah mengharamkannya
kepada lelaki daripada memakainya ketika di dunia. Lain pula halnya bagi wanita
di mana mereka diharuskan (halal) berbuat demikian.
2. Memakai cincin perak pula hukumnya halal terhadap kaum
lelaki bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin perak.
3. Tetapi dalam pemakaian kain sutera terdapat keringinan (rukhshah) iaitu apabila ada suatu keperluan yang berhubung dengan masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin 'Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana masalah sulit di badannya.
4. Antara hikmah Islam melarang penggunaan emas dan sutera tersebut adalah untuk menghindari dua hal yang merugikan iaitu pemborosan dan sikap bermewah-mewahan. Tambahan pula adalah amat tidak manis (tidak sesuai) bagi lelaki berhias sebagaimana wanita berhias apalagi Islam melarang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

Adab dalam meminang
Dari Ibnu Umar RA katanya, Nabi SAW bersabda:
"Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu
pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah
diizinkannya”.
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
1. Khitbah (Bahasa Arab) /'bertunang' (Bahasa melayu)
adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau
kahwin (Bahasa Melayu).
2. Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang berkenal-kenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.
3. Hukum khitbah adalah 'harus' tetapi mengikut Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah al-istihbab / sunat. .Dan Dr. Abd. Karim
Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan
bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih utama dari hukum harus tadi.
4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang sedang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini adalah untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang berkenal-kenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.
3. Hukum khitbah adalah 'harus' tetapi mengikut Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah al-istihbab / sunat. .
4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang sedang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini adalah untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
Hak Tanggungjawab Dan Peranan Suami
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang
memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu
nafkah) yang diberikan adalah sedekah.
(Riwayat Ibnu Majah)
Huraian Hadith:
1. Dalam institusi perkahwinan Allah S.W.T telah
mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan isteri.
2. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.
3. Pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seseorang.
4. Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

Empat Kunci Kebahagiaan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Empat perkara yang
membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik
dan kenderaan yang selesa”
(Riwayat al-Bazzar)
Huraian Hadith:
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang
dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen
asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat
menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Kecelakaan Zina
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tujuh
petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan
pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya.
(Riwayat al-Bazzar)
Huraian Hadith:
i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah
menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam
kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum
minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.
iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.
iv) Hari ini seakan menjadi trend, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.
v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Keistimewaan Khadijah
Dari ˜Aisyah r.a katanya:Saya tidak cemburu kepada seorang
perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah
menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh
rumah di dalam syurga.
(Riwayat Bukhari)
Huraian Hadith:
Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan
kerana status sosialnya yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang
hartawan lagi dermawan tetapi adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu
sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia. Saidatina Khadijah
adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih
daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan
suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik
menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian
mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan
bahawa baginda adalah seorang Nabi. Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri
yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada
Allah bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi
berdakwah di kalangan para sahabat baginda yang lain. Dalam diri Khadijah
ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih-sayang yang juga
telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya,
Umm Kulthum dan Fatimah. Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam,
Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam
mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy. Begitu banyak peranan
yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah
menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan berpadanan dengan
jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya sebuah rumah di
dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.
Larangan Berkhalwat
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Mana-mana
lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti
syaitan akan menjadi yang ketiga.
(Riwayat at-Tirmidzi)
Huraian Hadith:
1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang
bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah
sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri
atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ˜mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T' sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira'. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.

Khairun nisaa
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :Sebaik-baik wanita
ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat
kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu
yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul
dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai.
Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan
seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan
sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang
bernaung padanya. Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang
isteri yang solehah yang rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik
(solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak
hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah
an-Nisaa' ayat 34).
Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkancuba
untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga
terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara
luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah.
Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri
mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah
tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat
mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri
masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam
keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.
(Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami' as-Saghir 3299, Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838)
Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan
(Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami' as-Saghir 3299, Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838)
Fitnah Terbesar
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda Tidak
ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih
bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah
yang berpunca daripada kaum wanita.
(Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
Huraian Hadith:
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT
telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang
dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut
jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Menjadi Isteri Solehah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Apabila seseorang
isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.
(Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..
iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya..
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Pagar Diri Dari Maksiat
Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:Apabila
ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah
dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang
demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.
(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Rumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan
maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari
panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih
sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T.
Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin
adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah
yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya
perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.
Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya
supaya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Wahai
anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih
memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin
hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)."
(Bukhari)
No comments:
Post a Comment