BUTAKAH CINTA?
Oleh: Syah Putra
“
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.”
Amira meneliti bait-bait kata puitis
itu sepenuh hati. Itulah yang berlaku pada dirinya sekarang, mencintai
seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk memberitahu perasaannya itu pada
orang yang dicintainya. Amira merasakan dirinya penuh kekurangan, sebenarnya rasa
rendah diri yang keterlaluan itulah yang menyebabkan dirinya seolah-olah
terkurung dengan perasaannya sendiri, dan dia seolah olah rela melepaskan orang
yang dicintai sepenuh hati dalam diam itu pergi.
Amira
mengeluh kecil, sambil meletakkan pen yang dipegang untuk kedapur. Didapur
mamanya sedang menggoreng ikan berdasarkan bunyi desiran minyak panas dikuali.”
Mama masak apa hari ni? Tanya Amira.”hari ni mama masak lauk istimewa untuk dua
orang anak mama ” balas Puan Lisa.”kakak mana?” tanya puan Lisa sambil meninjau
melihat ikan yang digorengnya. “ Apa lagi, tidur lagi Ma” balas Amira. “Puteri
ni, apa nak jadi, tidur tu kalau tak dah tengah hari tak bangun, apa nak jadi
dengan anak dara zaman ini” rungut Puan Lisa. “ Ma, jangan marah, kak Puteri buat
kerja malam tadi, lepas
subuh tadi baru dia tidur” jelas Mira, dia masak perangai mamanya yang cepat
sangat marah kalau ada yang tidak kena dengan anak-anaknya.”Mana Mia tahu?
Tanya Puan Lisa pula,dia rasa bersalah pula merungut tanpa usul periksa. “tadi
masa Mia bangun solat subuh, Mia jenguk bilik Kak Puteri tengah mengadap
komputer lagi dan lepas tu dia solat subuh dan pesan pada Mia kejutkan dia
pukul 10 pagi, la sekarang dah 10.30, matilah Mia lupa nak kejut dia,nasib baik
Mama tanya kalau tak habis Mia, Mia pergi kejut kakak sekejap Ma”
.Terkocoh-kocoh Amira menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan
kakaknya.
Puan
Lisa hanya menggeleng kepala melihat telatah Amira. Amira Safia dan Puteri
Balqish dua butir permata bagi dirinya. Amira
seorang yang peramah tetapi ada bab-bab yang tertentu boleh meyebabkan dia
menjadi sangat pendiam, bijak, baik hati dan paling berdisiplin, masih belajar
disebuah Universiti tempatan. Manakala Puteri, seorang yang manja walaupun dia
anak sulung, lemah lembut berbanding Amira, petah berhujjah dan kini bekerja
sebagai peguam disebuah firma guaman terkenal .Dia bersyukur kedua orang
anaknya dapat membesar dengan suasana yang baik dan dia sentiasa mendoakan
kebahagiaan mereka.
“Kak
Puteri, Mia tanya sikit boleh tak?”, Amira
bersuara sambil matanya asyik memandang kakaknya yang sidang sibuk menaip
menggunakan komputer.
“Tanyalah, apa dia?, Sejak bila minta izin nak tanya ni, biasanya tak pernah
pun nak minta izin” jawab puteri sambil matanya tidak lekang dari skrin
komputer. “o.k, macam ni, …aa ..”berat mulut Amira untuk berkata.” wei, apanya
Mia” tanya puteri , Mia adalah panggilan untuk Amira . Puteri menyimpan fail
yang dibukanya dan mula keluar dari ‘microsoft word’ dan terus membiarkan
komputer terbuka. Serta-merta dia mengadapkan mukanya ke muka Amira. Mereka
sangat rapat dari kecil kerana di rumah itu hanya mereka berdua beradik .
Puteri dapat merasakan ada sesuatu yang berat mengganggu hati Amira adik
kesayangannya itu. Puteri walaupun anak sulung yang manja tetapi dia tetap
boleh diberi ‘award’ sekiranya apa-apa jua masalah yang berkaitan dengan adik
dan mamanya, biasanya dialah yang
“o.klah,
adik, apa dia, beritahu kak puteri, macam berat sangat ni, beritahulah kalau
kak puteri boleh tolong, kak putri tolonglah, kalau tak dapat nak tolong kita
cubalah iktiar untuk selesaikannya, O.k?” Puteri memberi jaminan. Amira
membisu, dia sebenarnya mahu memberitahu puteri perkara ini tetapi dirasakannya
amat berat mulutnya. Adakah masalah ini penting atau tidak penting? Patutkah
dia minta pandangan Puteri? Itu yang berlegar-legar dalam fikirannya. Dia
mengambil keputusan untuk memberitahu puteri kerana dia rasa sudah tidak
sanggup lagi untuk memikirkannya.
“Macam
ni kak, Mia rasa Mia suka dengan seseorang, tapi dia tak tahu Mia suka dengan
dia, Mia rasa macam dekat sangat dengan dia walaupun kami jarang sekali
bertegur sapa, Mia selalu
sangat terserempak dengan dia, masa tu jantung Mia mesti dup…dap..dap..macam
tidak boleh nak berhenti..Mia perasaan jantung Mia jadi macam ini beberapa
minggu lepas,..orang kata ini adalah perasaan cinta…betul ke Kak Puteri?” suara
Amira berterus terang tentang lelaki yang disukainya. Itulah positifnya Amira,
dia akan bercerita tanpa berselindung dengan Puteri walau apa pun masalah dan
yang penting sikapnya yang sering berusaha untuk keluar dari masalah sering
menjadikan dia istimewa pada pada pandangan Puteri. Puteri kenal lelaki yang
disebut Amira itu, rasanya dia tinggal ditaman yang sama dengan tempat tinggal
kami.
“Mia,
rasanya dia tinggal kat taman kita ni jugakan? Puteri minta
penjelasan.”Ya..tepat sekali!”.jawab Amirah pantas.
“Macam
itu pun boleh jatuh cinta?’, memang cinta itu buta!” puteri berkata sambil
tersenyum sinis pada Amira.Walau apa pun pada pandangan puteri lelaki itu
memang baik jadi tidak mustahil Amira menyukainya. Puteri tersenyum, Ini
rupanya yang bersarang difikiran Adiknya. Patut akhir-akhir ini dia nampak
sikap Amira sedikit pelik, kadang-kadang nampak terlalu bersemangat dan
kadang-kadang nampak lesu, jatuh cinta rupanya…cinta remaja (cinta monyet atau
sejati?) entah puteri sendiri tidak tahu untuk mengukurnya.
“kak
Puteri, janganlah senyum-senyum macam tu, kalau tau kak Puteri cuma nak senyum
dengar masalah Mia ni,
lebih baik tak payah
beritahu” bebel Amira.
“
La…, senyum pun tak boleh?”Giat Puteri. “adik dah jatuh cinta rupanya, tapi si
dia tak tahu adik suka dia, susah ni dik ,apa orang kata “ bertepuk sebelah
tangan”!, tak berbunyi..so tak ada faedahnya, kita kena ingat apa pun yang kita
lakukan mestilah ada manfaatnya dan kena berpijak dibumi nyata tahu?” jelas
Puteri.
“habis
macam mana nak selesaikannya, kak Puteri tolonglah, hari-hari asyik ingat dia
tu, memang tak berfaedah rasanya, tapi perasaan itu datang sendiri”gumam Mira.
“
Adik, bercinta tak salah tapi yang tak betul ialah cara kita melayan cinta itu,
lebih-lebih kita sebagai wanita Islam, kena jaga adab dan syariat dan
lebih-lebih lagi Mia tengah belajar pula tu, kak puteri tak halang adik suka
orang tu, itu adalah fitrah manusia. Satu masalahnya orang tu tak tahu adik
suka dia. Sekarang ini akak boleh beri dua pandangan , suka hatilah mana satu
adik nak pilih”.
“Pertama, adik berterus terang dengan dia, beritahu dia adik suka
dia dan nak berkawan dengan dia, risikonya dia akan terima atau tolak cinta
adik,sekiranya dia lelaki yang baik dia akan terima dan tolak dengan cara yang
terhormat, maksud maruah kita sebagai wanita masih terjaga,andainya tidak,
tercalar juga maruah kita sebagai wanita, berani ke dik? Adik fikirlah.
Cadangan Yang kedua , adik
simpan sahajalah perasaan suka dengan dia itu, Kalau benar dia jodoh Mia, ia
tidak akan ke mana-mana, sekarang Mia masih belajar, dia pun tengah belajar,
utamakan pelajaran, anggap perasaan cinta ini sesuatu yang manis dan ia boleh
menjadi sumber kekuatan bagi kita untuk terus hidup, buat solat hajat dan solat
istikharah”.
“Sebenarnya
apabila kita menyintai seseorang tidak semestinya kita mesti memilikinya, dan
cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan kebahagiaannya walaupun dia
tiada di sisi kita, dengan cara itu kita juga akan rasa bahagia” jelas puteri
lagi, dia pun tidak tahu bagaimana dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi
apa yang dilontarkan itu ada logiknya pada pandangan Amira.
“Mia,
jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair, cita-cita Mia belum lagi tercapaikan?
Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga
tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Hanya
kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi
. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Itulah positifnya cinta ”jelas
Puteri lagi. “Sekarang ini terserah pada adik nak buat keputusan. O.k? “.Puteri
meneruskan semula kerjanya yang tergendala tadi. Dia berasa lega dapat
memberikan pandangan tentang masalah itu. Dia dapat melihat wajah Amira yang
keruh sudah ceria semula, itu menunjukkan Amira akan dapat membuat keputusan
yang tepat untuk dirinya sendiri,
###########
“Betul
kata kak Puteri, cinta tak semestinya memiliki, sekarang ini aku harus lepaskan
dia pergi dahulu, kalau ada jodoh tak ke mana, aku masih mempunyai banyak
perkara untuk diburu dalam hidup ini selain memburu cintanya” bisik hati Amira
sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit untuk dilalui dan turut membekas
dihatinya. Amira tahu keputusan yang dibuat ini akan melegakan kak Puteri dan Mamanya.
Perjalanan hidupnya masih berliku, dia berazam untuk membuat yang terbaik dan
dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi miliknya satu hari nanti. Hatinya
berbunga ceria apabila mengingatinya.
No comments:
Post a Comment