Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa
tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa
berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil
lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada
manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa
engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.
Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak
peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu
walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat
terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan..
walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat
menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan
menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku
juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerana itu aku sentiasa berdoa agar
dikau menjadi pendampingku.
Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di
telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin
mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin
membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur
segala kekhilafanku.
Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya.
Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon
bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul
ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku
kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan
sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu.
-Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment