Sukarnya jadi orang popular,ditambah lagi dengan
handsome(bagi lelaki) dan cantik(bagi perempuan).Ramai yang ingin
mendekati.Kalau artis tu lainlah,terang-terang dah popular,ini tak orang biasa
aje. ‘Handsome’ sangat pun payah,ramai wanita yang menaruh hati.Kalau kebaikan
diberikan seperti kerap memberi pertolongan atau apa-apa aje pun
disalahertikan.Mulalah gangguan diterima melalui sms di telefon,chat,mesej
inbox di facebook dan macam-macam lagilah.Zaman sekarang semuanya mudah,hanya
dihujung jari aje,maklumlah ‘dunia dah maju,zaman dah berubah’.Hanya satu
‘klip’je semuanya jadi mudah.
Akibat tak mahu diganggu berterusan pendekatan mudah
terpaksa diambil, kekosongan‘status hubungan’di facebook terpaksa
diisi.Walaupun hakikat sebenarnya,tiada mempunyai hubungan dengan
sesiapapun,tapi oleh kerana kerap sangat
menerima gangguan,itulah jalan terakhir yang terpaksa diambil
semata-mata untuk mengaburi mata ‘si pengganggu’ itu.Kasihan sesiapa yang
menerima nasib sebegini.
Sudah menjadi satu rutin,tak semena-mena terpaksa ‘update
status’ mengenai hubungan percintaan.Bahagia sangat-sangat di lamun
cinta.Padahal tiada sesiapa pun yang bertakhta di hati.Kalau di fikirkan
kembali,banyak masa terbuang melayan situasi yang sebegini.Di dada
facebook,dipenuhi status percintaan.Timbul belas kasihan,pada sesiapa yang
mengalami nasib sebegini.
Urusan-urusan lain semuanya terganggu.Kehidupan tak setenang
orang lain.Manakan tidak,asyik ada gangguan aje.Saban hari pula tu tak kira
siang malam,pagi petang.Ada-ada aje sms di telefon,mesej inbox di facebook.Berbagai-bagai kata manis
diterima,hinggakan ada yang boleh mengongcangkan iman,andai iman tak kuat pasti
mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.Elakkan diri dari terjebak kearah
kemungkaran dan kemaksiatan.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang
memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan iblis
yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti
mereka.
Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya,hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.
Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya,hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.
“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,
maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui”. (Al-A'raaf ayat:200)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka
disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran
Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)”. (Al-A'raaf ayat:201)
Kepada sesiapa yang mengalami nasib sebegini,banyakkan bersabar dan mohon
doa dari ALLAH,moga ‘si pengganggu’ itu
berhenti terus dari mengganggu anda.
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah
pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah
Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya
Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah ayat:153)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi
segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)”. (A-li'Imraan ayat:200)
Anggaplah itu semua ujian dan dugaan dari ALLAH untuk
hamba-hambaNYA yang beriman.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah
ayat:286)
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati
kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami
limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang
melimpah-limpah pemberianNya”. (A-li'Imraan
ayat:8)
No comments:
Post a Comment