“Salam…nikah gantung jom..Nak kahwin dengan awak”
Wanita solehah juga,memiliki sifat pemalu kerana dia tahu
malu itu sebahagian daripada iman.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka
yang paling afdalnya ucapan ‘Laailahaillallah’ dan yang paling rendahnya
membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman”.
Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
“Orang yang dituntun
oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang
dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan
dalam dirinya”.
“I love you…I love you so much…ILYSM…MY (I love you so
much….miss you)
Macam-macam ungkapan yang ada untuk melahirkan isi hati atau
menyatakan cinta pada seseorang.Patutkah seorang wanita yang berpendidikan
agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata
begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,bukan
suaminya.Mana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Jika dia
benar-benar seorang wanita muslimah,dia tak akan sesekali berani berkata
begitu,kerana dia takutkan akan kemurkaan ALLAH.Wanita solehah tidak sesekali
berkata begitu kerana dia boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Dia
tahu ungkapan itu berhak diberikan untuk siapa,untuk suaminya yang
sah.Janganlah ikutkan nafsu semata-mata,nafsu boleh membawa seseorang wanita
itu ke lembah kehinaan.Jagalah keperibadiaan sebagai seorang wanita muslimah
yang sejati.Wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga ALLAH untuk dirinya.
“Huhu,sori,yela tak nak…nikah gantung save dan safe…save
duit,duduk asing tak apa aje…safe hati,tak la perasaan tu dosa”.
Pandai pula bagi cadangan ‘save dan safe’.Tapi bolehkah
duduk asing-asing.Sesiapa pun boleh cakap begitu…lidah tak
bertulangkan,sanggupkah menahan gelora dalam jiwa.Memanglah safe hati manakala
perasaan tu tak menjadi dosa,tapi bahagiakah begitu.Semua orang nak kan
kebahagiaan bila dah berkahwin,bahagia
hingga ke akhir hayat…bahagia hingga ke syurga.Dari segi penampilan,semuanya
dah ok…tak perlu berubah,ya la menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut
hingga hujung kaki.Yang perlu berubah ialah dari segi akhlak dan
tingkahlaku.Sudah-sudahlah melayan perasaan…semua itu godaan nafsu iblis
syaitan aje yang cuba menyesatkan
manusia akhir zaman.Jagalah martabat dan
maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Yakinlah yang jodoh seseorang itu
dah ditetapkan sejak azali lagi.
Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut
jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka
sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara
yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia
Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu
menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah
Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui”.
ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang
bermaksud:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan
buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu
akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.
Lelaki yang soleh,tentu dia inginkan seorang isteri yang
solehah dan dia harus berusaha untuk menjadi soleh sebelum dia dapat yang
solehah.Ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti
solat,taat ibu bapa,berakhlak,tutup aurat,pandai mengaji,rajin berpuasa sunat
dan lain-lain.Jika demikian,mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah
tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat sebegitu.Yang lebih sukar
ialah ‘menilai’ batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam
hatinya.Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. ‘Kulit’ baik,belum tentu
isinya baik
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri
solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)
Wahai wanita solehah,binalah benteng keimanan dalam
diri,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri,hiasilah diri dengan akhlak
yang menawan dan keperibadian yang anggun…moga-moga diri tergolong dalam
kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang
soleh…insyaALLAH…..AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.
ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta
orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta
orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta
orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta
orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta
orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri
(kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah),
dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang
bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan
yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki
yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang
menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar”.
RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.
No comments:
Post a Comment