Muhasabah Diri
Aku menulis bukan kerana nama,tapi aku menulis kerana
ALLAH.Aku ingin mengajak semua sahabat-sahabat kembali mencari jalan yang
diredhai ALLAH.Aku berpegang pada sebuah hadis Rasululullah Sallallahu ‘Alahi
Wassalam iaitu:
“Sampaikan walaupun satu ayat”.
Bila aku menulis perkara
berkaitan agama,bukanlah bermakna aku ni seorang yang alim.Aku insan
biasa aje,aku bukan dari sekolah agama tapi aku sekolah harian biasa.Aku juga
serba kekurangan,masih mencari sinar cahaya bagi menerangi hatiku yang semakin
malap dan kabur ini.Aku tak nak biarkan hati ini dari terus berada dalam
kegelapan.
Maaflah,andai ada tulisan-tulisanku yang terkesan di hati
sanubari sahabat-sahabat.Bukan niatku berbuat begitu,tapi pengalaman banyak
mengajarku erti sesuatu.ALLAH anugerahi aku akal untuk berfikir yang mana baik
dan yang mana buruk.DIA juga anugerahi aku mata untuk melihat sesuatu yang
terjadi.Aku juga di anugerahi telinga olehNYA untuk mendengar.Apa yang ada pada
diriku semuanya anugerah dariNYA.
Aku guna anugerah dariNYA untuk melakukan sesuatu yang
berfaedah.Aku berjanji pada diriku sendiri,aku takkan sia-siakan anugerah
dariNYA.Melalui tulisan-tulisanku juga ,terlebih dahulu aku tujukan buat diriku
sendiri.Aku juga kembali bermuhasabah diri siapa aku yang sebenarnya.Aku hanya seorang insan yang
serba kekurangan,menumpang buat sementara di bumi milikNYA.
No comments:
Post a Comment