Cemburunya tengok teman-teman berpakaian beraneka fesyen,di majlis
sambutan hari raya.Semuanya fesyen terkini,tapi aku cuma berbaju kurung.Aku
terpaksa akur dengan kehendak ibuku.Ibu mahu aku berpakaian sopan,lagipun ibu
tak suka lihat aku memperagakan fesyen terkini.
Kata ibu:
“apapun fesyen terkini yang diperagakan semasa hayat masih
ada,ianya tak akan kekal lama,di penghujungnya hanya kain kapan pembalut
tubuh”.
Kata ibu lagi:
“biarlah kita tak cantik pada pandangan mata manusia,tapi
hakikatnya kita cantik pada pandangan ALLAH”.
Pada mulanya aku memberontak juga,sebenarnya aku malu dengan
teman-teman,asyik-asyik baju kurung memanjang.Pergi sana
sini asyik dengan baju kurung.Rasa macam ketinggalan zaman pula,sedangkan
fesyen teman-teman ‘up to date’.Semuanya
ibu larang,itu tak boleh,ini tak boleh.
Tapi bila aku fikir balik,tentu larangan ibu bersebab.Ibu
bukan sengaja melarang aku berfesyen mengikut peredaran zaman.Ibu tak nak
melihat aku terlibat dengan dosa yang berterusan.
Kata ibu:
“sebagai seorang remaja Islam,aurat mestilah dijaga serapi
mungkin,tak boleh sesenang hati tunjukkan apa yang dimiliki iaitu anugerah
ALLAH kepada yang bukan mahram ataupun bangsa lain”.
Kata ibu:
“aurat dijaga,maruah terpelihara…insyaALLAH”.
Kata ibu lagi:
“biarlah kalau orang nak keji atau nak ketawakan kita,asalkan Allah tidak
mengeji kita dan kita terselamat dari azab siksaan api neraka”.
Firman ALLAH dalam surah Al-A’raaf ayat:26 yang bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup auratkamu,
dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah
yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia)
Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
bersyukur)”.
“Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang
diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu
sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan
bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk,
juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah ,
Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu,
supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya”. (Al-Nahl ayat:81)
“Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan
gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang
nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan
berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang
sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya”.
(Al-Kahfi ayat:31)
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman
dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka
dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara,
dan pakaian mereka di situ dari sutera. (Al-Hajj ayat:23)
Alhamdulillah,nasihat dari ibu dapat menyelamatkan aku dari
azab siksaan ALLAH.Fesyen terkini tak menjanjikan apa-apa,cantik hanya di dunia sahaja,cantik pada pandangan
mata manusia tetapi tidak pada pandangan ALLAH.Kecantikkan di syurga kelak
tiada tandingannya.Moga aku tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga
ALLAH kelak…insyaALLAH…aamin ya rabbal ‘alamin.
No comments:
Post a Comment