Ketara sangat perbezaan antara menantu kaya dan menantu
miskin dari segi sikap,kerajinan,budi bahasa,pergaulan antara adik beradik dan
sikap pilih-memilih.
Menantu yang datang dari keluarga kaya memang sejak lahir
lagi,dah senang-lenang.Tak biasa hidup susah.Apa yang dikehendaki pasti akan
tertunai tanpa ada alasan tangguh menangguh.Adakah dengan kekayaan yang datang
dari hasil titik peluh kedua orang tua kita,kita boleh berlagak sombong dengan
orang lain?Menantu kaya ada IJAZAH,ada MASTER dan tak lama lagi sambung
PHD.Wah! hebatnya menantu yang datang dari keluarga kaya.Apakah dengan memiliki kesemua itu dapat menjamin syurga di
akhirat kelak?Tepuk dada tanyalah iman.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang
bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya
terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan
seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata
Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan
(maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr
(kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang
lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Firman ALLAH:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman
ayat:18)
Orang lain pun manusia juga,hina sangatkah orang miskin
ni?Sedarlah disisi ALLAH,manusia ni semuanya sama.Tiada beza membeza antara
satu sama lain,yang membezakan hanya amalan yang dilakukan.Andai amalan yang
dilakukan ikhlas kerana ALLAH dan semata-mata mengharap keredhaan
ALLAH,insyaALLAH syurga sebagai balasannya tanpa mengira seseorang itu miskin
atau kaya.
Di dunia,bolehlah mengasingkan diri dari orang miskin tetapi
di akhirat nanti tiada peluang berbuat begitu.Samaada suka atau tak,semua tu
bukan kita yang menentukan.
Bila disana nanti,siapalah kita.Hanya manusia biasa
aje,tanpa ada apa-apa kuasa pun untuk menjauhi diri dari orang miskin.
Sebelum berkahwin tu selidiklah dulu,asal usul pasangan
kita.Tanya pada diri,andai pasangan kita miskin mampukah kita susah senang
bersamanya dan susah senang bersama keluarganya.Diri pasangan aje yang kita
mahu,tapi keluarganya kita tolak ketepi.Fikirlah,apa perasaan keluarga pasangan
kita,tentu ada yang kecil hatikan dengan sikap kita.Andai itu jodoh terbaik
untuk kita maka terimalah,bukan dirinya sahaja malahan semua ahli
keluarganya.Itulah yang sebaik-baiknya.
Ibu mentua kita tentu akan merasa kecil hati dengan kita
begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seandainya kita menunjukkan sikap yang kurang selesa dengan
mereka.Apa salah mereka,adakah kerana mereka datang dari keluarga miskin?Pasangan
kita ada ijazah,berjawatan tinggi dan ada kehidupan mewah.Pendek kata dah
berjaya,tapi sedarlah dan fikir-fikirkanlah serta renung-renungkanlah pasangan
kita berjaya dengan restu dan doa siapa,dengan sokongan serta bantuan
siapa?Kalau tak dengan restu dan doa mentua kita yang miskin,dengan sokongan
serta bantuan ahli keluarga yang miskin.Setiap orang yang berjaya,mesti ada
penyokong-penyokong di belakangnya.Dan satu lagi yang harus diingati sampai
bila-bila,pasangan kita lahir dari rahim siapa yang menjadikan pasangan kita
berjaya hari ini,kalau tak dari rahim mentua yang miskin itu.Ingatlah dari rahim
mentua yang miskin itulah,kita boleh menumpang kebahagiaan dan kesenangan
pasangan kita.Alasan apa lagi untuk kita berlagak sombong?
Menantu yang datang dari keluarga susah atau sederhana,dah
biasa merasai betapa peritnya kehidupan yang pernah dilaluinya.Menantu miskin
faham akan kekurangan yang ada pada pasangan dan keluarganya.Hanya orang miskin
aje yang faham akan situasi orang miskin yang lain.Orang miskin juga boleh
berjaya.
Menantu miskin apa kurangnya,ada ijazah.Tapi tak berlagak
sombong.Ada budi bahasa,hormat ahli keluarga yang lain,sentiasa menziarahi ahli
keluarga yang lain tanpa ada sikap pilih memilih dan boleh bergaul dengan ahli
keluarga yang lain serta ringan tangan membantu ahli keluarga yang lain.Pendek
kata serba serbi rajinlah.Bukan bermakna nak beza membeza antara menantu kaya
dan menantu miskin,tapi memang itu dah kenyataannya.
Kalau mentua sayang menantu miskin tentu ada yang kecil
hatikan.Tentu ada yang akan berkata ‘mentua tak adillah,mentua pilih
kasihlah,mentua berat sebelahlah,mentua itulah,mentua inilah.Pening kepala mentua
dibuatnyaTahan je lah telinga tu,wahai mentua.Bersabar ajelah dengan menantu
kaya dan menantu miskin ni.Sekadar untuk renungan dan iktibar bersama.
No comments:
Post a Comment