Emak aku suka berleter. Hari-hari dia berleter.
Kadang-kadang aku tertanya-tanya sendirian, tidak jemukah dia berbuat demikian.
Tetapi apabila aku imbau kembali, leteran emak semuanya untuk kebaikan aku.
Cuma aku sahaja yang tidak boleh menerimanya.
"Adik solat, dengar azan tak? Jangan buat tak dengar
pula, dah masuk waktu ni." Mula-mula perlahan sahaja suara emak.
"Kejap, kejap, kejap." Aku masih dengan
sikapku yang suka-suka berlengah.
"Solat..." Emak mula meninggikan suara.
"Nanti adik buatlah, bukan adik tak buat
langsung." Jawabku.
Itulah sikapku, sukar untuk dihakiskan dalam diriku. Aku
memang suka bertangguh-tangguh dalam membuat sesuatu perkara baik dalam solat
atau apa sahaja. Itulah yang menjadi punca leteran emak untukku setiap hari.
"Kenapalah mak ni suka berleter, bising aje." Setiap
leteran emak, aku anggap sebagai mengganggu ketenteramku.
"Mak tak pernah pun suruh anak-anak mak buat
benda-benda yang tak baik. Mak suruh solat, mengaji al-Quran. Semua itu untuk
kebaikan diri masing-masing." Kata emak.
Dengan leteran emak setiap hari, membuatkan aku tidak betah
duduk di rumah. Apabila cuti sekolah menjelang, aku lebih suka ke rumah emak
saudaraku. Aman sedikit, tidaklah perlu mendengar leteran setiap hari.
Apabila ajal menghampiri, Malaikat maut tidak akan mendengar
kata kita. Tidak ada perkataan 'sekejap'. Siapa kita dengan Malaikat. Emak
selalu berkata begitu, apabila aku suka bertangguh dalam mengerjakan solat.
Dalam keluargaku, cuma aku sahaja yang bersikap sedemikian.
Dalam 24 jam sehari semalam, lima
waktu juga aku akan mendengar leteran emak. Solat Zuhur, Asar, Maghrib dan
Isyak. Memang wajib setiap hari emak akan berleter diantara lima
waktu itu.
Kadang-kadang sikap bertangguhku itu menguji kesabaran emak.
Aku tetap melengah-lengahkan waktu solatku. Bila emak hilang kesabaran, memang
sakit tubuh badanku di kerjakan oleh emak.
Emak kata lebih baik aku dihukumnya di dunia sebelum aku
menerima hukuman di alam Barzakh. Ngeri juga aku bila membayangkan azab yang
bakal aku terima akibat sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.
Aku bukannya tidak tahu, solat lima
waktu wajib bagi setiap umat Islam. Solat juga tiang agama dan solat juga
mencegah kemungkaran. Semuanya aku tahu. Tetapi aku tetap tidak boleh kikis
sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.
Kadang-kadang emak dan ayah aku perdengarkan aku
firman-firman Allah S.W.T dan sabda-sabda Rasulullah S.A.W, mengenai kewajipan
solat lima waktu.
Antaranya ialah:
Allah S.W.T berfirman dalam surah Hud ayat: 114 yang
bermaksud:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan
umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang
berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan
(terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang
demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."
Firman Allah S.W.T dalam surah Taha ayat: 132:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan
sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan
(ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
Rasulullah S.A.W juga bersabda:
"Allah S.W.T telah berfirman, Aku telah memfardukan ke
atas umatku solat lima (waktu). Aku
sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat
tepat pada waktunya maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam
syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak
bertanggungjawab ke atasnya." (Riwayat Imam Abu Daud,Ibnu Majah dll)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menjaga solat maka pada hari kiamat,
solatnya akan menjadi nur, pembela dan penyelamatkan baginya. Sesiapa yang
tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat.Pada
hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf". (Riwayat
Iman Ahmad dan Ibnu Hibban)
Emak dan ayah juga ada perdengarkan untukku balasan
orang-orang yang suka melengah-lengahkan dan meninggalkan waktu solat.
Antaranya ialah:
Rasullullah S.A.W bersabda:
"Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara. Pertama:
Solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua: Pengebumian mayat, apabila jenazah
sudah disiapkan. Ketiga: Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai
sudah didapati".
Sabda Rasullullah S.A.W:
"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput
waktunya, kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka
selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun
mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu
tahun (di dunia Ini)."
Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadis,
sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah S.W.T akan mengurniakan lima
keistimewaan.
1. Akan diangkatkan kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2. Akan dihindarkan daripada azab kubur.
3. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan
kanan.
4. Akan melintasi titian sirat sepantas kilat .
5.Akan memasuki syurga tanpa hisab.
Sesiapa meringan-ringankan solat, lima
siksaan di dunia ini, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa
dibangkitkan dari kubur.
Seksaan semasa di dunia:
1. Dicabut keberkatan umurnya.
2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3. Allah S.W.T tidak mengganjari setiap amalan yang
dilakukan olehnya.
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan
diterima).
5. Dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.
Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
1. Dia akan mati dalam keadaan hina.
2. Dia akan mati dalam keadaan lapar .
3. Dia akan mati dalam keadaan dahaga,sehingga jika dia
diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan
hausnya.
Seksaan yang akan menimpa ketika di dalam kubur ialah:
1. Kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya
berceragah antara satu sama lain.
2. Api dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan
dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam.
3. Seekor ular yang besar bernama "Ashsyuja
'ul-Aqra' " akan dilepaskan ke atasnya.Kedua-dua mata ular itu dibuat
daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi.Panjangnya setiap kuku ular
itu sejauh satu hari perjalanan.Ular tersebut akan berkata dengan suara yang
gemuruh seumpama petir, "Aku Ashsyuja'ul-Aqra. Aku diperintahkan oleh
Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik
matahari, kerana meninggalkan solat solat Zuhur hingga Asar, kerana
meninggalkan solat Asar hingga Maghrib, kerana meninggalkan solat Maghrib
hingga Isyak, kerana meninggalkan solat Isyak hingga Subuh."Setiap kali
ular itu memukulnya, dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh tujuh puluh hasta.
Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari Kiamat.
Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan
dari kubur pada hari Kiamat di padang
mahsyar ialah:
1. Penghisabannya amat berat.
2. Dia dimurkai Allah S.W.T.
3. Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
Ya Allah, ngerinya. Takut untuk aku menghadapinya.
Mendengarnya sudah pun ngeri. Tambahlah untuk menghadapinya. Bertambah lagi
kengeriannya.
"Mak, adik minta ampun. Adik janji adik takkn tinggal
dan lewat-lewatkan solat lagi, sesungguhnya adik takut akan seksaan Allah.
Terima kasih mak, terima kasih ayah."
Leteran mak selama ini adalah untuk kebaikan diriku jua.
TERIMA KASIH EMAK, TERIMA KASIH AYAH. MAAFKAN ADIK.