"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya
rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api
Neraka".
Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang
menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih
memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU
dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup".
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup".
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu
dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang
penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata
kerana-MU akan dikurniakan syafaat.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Dan orang
yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: dikala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui
tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba,
pada Hari Kiamat. Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan,
Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia
meminta syafaat padaku kerana itu" Dan berkata pula al-Quran: "Engkau
larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku
mengenai itu." Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah."
[Hadis Riwayat Ahmad]
"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang
terdahulu."
[Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]
Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.
Antara hikmah dan faedah puasa
ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang
yang beriman bahawa dirinya
di bawah perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan
suci antara semua bulan
dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua
hamba-Nya memenuhi bulan
tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub
kepada-Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan
dalam kehidupan seseorang
akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya
dengan sifat-sifat
keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam
dengan sifat kasih sayang
dan prihatin.
No comments:
Post a Comment