6/24/12

JAUHI DARI MEMILIKI SIFAT SOMBONG,BANGGA DIRI DAN TAKBUR


Bila lulus dalam exam,bila berjaya mendapat apa yang diimpikan,kita seringkali mendapat pujian.Antaranya:
“Tahniah,atas kecemerlangan anda dalam exam”.
“Tahniah,atas kejayaan anda mendapat apa yang diimpikan”.
“Tahniah,tahniah dan tahniah…..”

Banyak sungguh pujian dan ucapan tahniah yang kita terima.Tapi harus diingatkan,pujian dan ucapan itu hanya sementara sahaja.Kejayaan yang diperolehi juga hanya sementara.Apalah gunanya kejayaan dunia sahaja kita dapat jika kejayaan akhirat kita pinggirkan.Sedangkan kita tahu,apa sahaja kejayaan yang kita perolehi kat dunia ni hanya sementara.

Mahu berjaya?Setiap dari kita mahukan kejayaan.Kejayaan bukannya datang bergolek.Harus berusaha,berdoa dan bertawakkal.Kejayaan yang diimpikan,biarlah berjaya dunia dan akhirat.

Bila berjaya,kita berbangga sebab dapat banyak pujian dan ucapan.Tak putus-putus rakan taulan dan sahabat handai mengucapkan tahniah.Alhamdulillah,syukur atas anugerahNya buat kita.

Bila dah berjaya dan mencapai apa yang diimpikan,jangan lupa diri ya.Ingatlah setiap apa yang kita miliki hanyalah bersifat sementara.Jauhilah dari memiliki sifat bangga diri,sombong dan takbur.Allah boleh menarik balik setiap apa yang Dia beri kepada kita sekiranya sifat-sifat sebegini ada dalam diri kita.

Hayati firman Allah ini yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.

Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.

Kita perlu ingat kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan Allah SWT tersebut?


Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata.


No comments:

Post a Comment