11/30/12

ADAB DALAM MEMINANG


http://www.islam.gov.my/e-hadith/adab-dalam-meminang
Dari Ibnu Umar RA katanya, Nabi SAW bersabda: "Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya."
(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 
1. Khitbah (Bahasa Arab) /'bertunang' (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu).
2. Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang berkenal-kenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.
3. Hukum khitbah adalah 'harus' tetapi mengikut Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah al-istihbab / sunat. . Dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih  utama dari hukum harus tadi.
4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang sedang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini adalah untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.


10/30/12

BIDADARI HIDUPKU - DeHearty



Perasaan lahir dari sebuah pertemuan
Berputik rindu dihati yang amat mendalam
Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa  ia dalam ingatan

Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan
Kasih yang ku damba bukanlah kasih gurauan
Seikhlas hati ku semaikan benih kasih sayang
Moga kekal  bersinar dalam keredhaan

Engkau umpama mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasi hidupku
Bersama kasih sayangmu...

Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannyakan kekal bersama keimanan
Menyegari ruang hati kesyaduan
ooo....

Engkau umpama mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasi hidupku
Bersama kasih sayangmu...

Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannyakan kekal bersama keimanan
Menyegari ruang hati kesyaduan
ooo....

Ku dambakan padamu
Sebuah kasih dan sayang
Yang lahir dari hati yang penuh ketulusan
Doakan agar tuhan memberkati cinta kita
Disinari kehidupan dengan  rahmatNya

Isteriku...
Engkaulah bidadariku
Hadirlah bersamaku disetiap waktu
Ku janjikan setiaku hanya untukmu
Dan kasihku hanya untukmu
Oh isteriku...



10/12/12

SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI (ENTRY YANG KE 200)


Assalamualaikum…

Harap maaf ya,andai ada salah dan silap.Ana hanya insan biasa,berusaha untuk jadi lebih baik dalam menggapai redhaNya.Entry-entry yang ada kat sini, sesetengahnya ana copy paste dan ana sertakan linknya sekali.Moga ianya bermanfaat untuk semua.
Buah fikiran ana pun ada kat sini,tapi semua itu datang dariNya.Segala-galanya dari Dia.Ana hanya insan biasa,mana mampu untuk melahirkan apa yang ada dalam fikiran seterusnya mencoretkan sepatah dua kata di sini tanpa pertolongan dariNya.Alhamdulillah.

Ilmu itu milik Allah,tiada satu pun milik kita.Dari mana datangnya idea-idea yang memenuhi setiap kata-kata yang dilontarkan dan dari mana datangnya idea-idea yang diterjemahkan melalui penulisan kalau tak dari akal.Akal itu anugerah siapa,anugerah Allah kan dan siapakah pencipta kita,Allah juga.Jadi gunakan anugaerah Allah ini sebaik mungkin dan ke jalan yang diredhaiNya .Alhamdulillah anugerah dariNya,insyaAllah berkat.

Yang baik itu dariNya,manakala yang buruk itu dari ana sendiri.Alhamdulillah anugerah dariNya.



KEDAMAIAN ASAS KEBAHAGIAAN


http://www.islam.gov.my/e-hadith/kedamaian-asas-kebahagiaan-rumahtangga

Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”. 
(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 
1. Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira.
2. Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagiaan dalam kehidupan suami isteri.
3. Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.


ORANG YANG PALING SEMPURNA IMANNYA


Hadith: 
Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah SAW bersabda:
 “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”. 
(Riwayat at-Tirmizi)

Huraian Hadith: 
1.  Akhlak yang baik adalah ciri-ciri kesempurnaan iman.
2.  Iman yang sempurna dan akhlak yang baik adalah dua 
faktor utama dalam pembentukan peribadi yang mulia.
3. Pergaulan suami isteri yang baik dan harmoni adalah
dituntut dalam Islam dan akan diberi ganjaran pahala oleh
Allah SWT.

10/11/12

INSPIRASI HATI - DeHearty



http://www.youtube.com/watch?v=2YWLb1tHg_c

Kasih kaulah inpirasiku

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi dihatiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kaulah inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupa nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa padaNya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya

Seringkali aku berdoa padaNya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya,o,ho...

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku...

9/28/12

HIJRAH MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG


http://www.islam.gov.my/hijrah-membentuk-keluarga-cemerlang

Oleh : Norazifi Mohamad @ Mohamed
Panel Penulis JAKIM
Episod penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum muslimin dari Mekah ke Madinah mempunyai hikmah yang bukan sahaja membuka jalan kepada perkembangan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga memberikan nafas baru dalam hubungan sesama manusia. Masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu sangat kuat dengan semangat assabiyahnya sehingga sering berlaku pertumpahan darah sesama kabilahnya. Hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ke Madinah yang membawa bersama akidah Islam yang suci telah membentuk cara hidup berlandaskan Islam.
Hijrah telah menukarkan prinsip taksub dan amalan jahiliyah kepada ketaatan yang total kepada Islam. Hijrah Rasululullah s.a.w ini membawa dakwah Islamiah kepada tahap kedua iaitu perlaksanaan ajaran Islam sepenuhnya terutama jihad di mana sebelum itu selama tiga belas tahun di Mekah, seruan Islam lebih menekankan aspek tauhid dan keimanan kepada Allah. Tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah iaitu hasil dan berkat peristiwa hijrah ini maka bermulalah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan selepas itu mengajar umat Islam tentang kewajipan dan tanggungjawab terhadap sesama manusia yang merangkumi sistem pentadbiran, ekonomi, politik dan kemasyarakatan termasuklah sistem kekeluargaan dalam Islam. Berdasarkan dua peringkat dakwah Islamiah ini, dapatlah diambil satu pengajaran iaitu dalam membentu
Rumahtangga merupakan alam baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 80 yang bermaksud,
'Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)'
Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.
Keluarga Islam wajib menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. Menjadi tugas dan tanggungjawab suami isteri untuk mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud;
'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'.
Terdapat beberapa ciri yang perlu ada untuk membentuk sebuah keluarga cemerlang antaranya bertakwa, bekerjasama, saling memahami, sayang menyayangi dan bertanggungjawab. Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak yang masih kecil seharusnya dididik mengerjakan sembahyang supaya apabila dewasa nanti mereka memahami bahawa sembahyang itu adalah wajib bagi setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
'Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka.'
(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Bagi membentuk keluarga cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ini dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama. Pembacaan buku agama di rumah beramai-ramai juga merupakan amalan yang sihat bagi rumahtangga cemerlang kerana secara tidak langsung dapat menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan ahli keluarga.
Amalan-amalan tersebut selain mempunyai faedah yang besar, ia dapat mendidik anak-anak menghayati budaya keluarga Islam yang cemerlang. Ia juga dapat menghindari ahli-ahli keluarga terjerumus ke dalam maksiat dan kemungkaran seperti keruntuhan akhlak atau haruan makan anak.
Oleh itu, setiap lelaki muslim sebelum melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dan menjadi ketua keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga cemerlang. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;
'Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah belanjakan sebahagian dari harta benda mereka.'
Sebagai ketua keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika keluarga dicorakkan dengan acuan kehidupan ala barat, maka begitulah jadinya. Tetapi jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak yang tabiinya berkeadaan suci bersih maka ditangan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'
(Riwayat Bukhari)
Ketenangan dalam rumahtangga tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya. Seorang suami yang mempunyai kuasa mutlak dalam keluarga seharusnya lebih bertolak ansur dan memahami keadaan isterinya dalam menempuh arus kehidupan dalam zaman yang serba moden ini. Tekanan kerja dan kos kehidupan yang semakin mencabar bukanlah alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dan layanan kepada pasangan. Perubahan seperti inilah yang memenuhi maksud hijrah dalam konteks suami masa kini. Oleh itu, si suami harus lebih memahami isterinya, bertolak ansur, sentiasa kasih mengasihi, memperbanyakkan sabar, tabah di dalam menghadapi gelora rumahtangga dan menjadikan sikap suka bermaaf-maafan sebagai satu amalan. Dengan itu, segala masalah yang timbul dapat diatasi dengan aman dan keharmonian rumahtangga terus terpe
Isteri adalah berkongsi peranan dalam membantu suami mencapai matlamat rumahtangga yang dibina. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai bermaksud,
'Sebaik-baik isteri ialah menggembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya'.
Islam telah memberi garis panduan yang jelas berkenaan ketaatan seorang isteri kepada suaminya iaitu bukan pada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Isteri sememangnya memiliki kelebihan dan potensi yang tiada pada suami. Kelembutan, penyayang dan penyabar merupakan ciri terpenting dalam mendidik anak-anak dan pasangan hidup yang sempurna. Oleh itu, isteri mesti memainkan peranan membina keluarga cemerlang dengan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada suami. Maka sewajarnyalah si isteri berubah dan berhijrah menjadi isteri yang solehah, berperanan secara aktif dan optimis serta bersama-sama berganding bahu membina keluarga Islam yang sebenarnya.
Jika suasana rumahtangga mulai hambar, suami isteri perlu mengimbas kembali keindahan rumahtangga yang pernah mereka kecapi di awal-awal perkahwinan. Jika suami isteri mula merasai ada unsur-unsur kebosanan dalam keluarga, masing-masing perlu segera memainkan peranan untuk membaikinya. Ini kerana keluarga cemerlang adalah berasaskan kebahagiaan hubungan suami isteri itu sendiri.
Bagi mengelakkan sebarang masalah atau perselisihan, suami isteri perlu bekerjasama dan saling berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan urusan rumahtangga, pendidikan anak-anak mahupun kewangan.
Oleh itu, sewajarnyalah kita berhijrah meninggalkan sikap yang lama iaitu mementingkan kerehatan diri sendiri setelah pulang bekerja sama ada suami atau isteri dan mengabaikan tugas dan peranan sebagai ahli keluarga. Mereka seharusnya bekerjasama dan bersabar dalam membina kerukunan rumahtangga. Suami isteri harus bijak dan berlatih membahagikan masa serta saling bertoleransi antara satu sama lain kerana hasil yang baik tidak mungkin dapat dikecapi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berpenat lelah terlebih dahulu.
Suami seharusnya menyedari tentang beban pasangannya. Dia seelok-eloknya bersikap berkasihan belas kerana banyak perkara yang perlu si isteri lakukan dalam masa yang singkat seperti menjaga kebajikan suami dan anak-anak, pendidikan anak-anak, urusan rumahtangga dan keperluan dirinya sendiri. Dalam masa yang sama si isteri tidak seharusnya mementingkan diri sendiri tetapi turut menghalusi beban yang ditanggung oleh suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Jelas di sini bahawa seisi keluarga harus saling memahami masalah dan beban tugas masing-masing dalam pekerjaan, rumahtangga dan pendidikan anak-anak. Di samping itu, bebanan yang wujud ini menimbulkan pelbagai emosi yang positif dan negatif. Bagi mengekalkan keharmonian dalam keluarga, masing-masing perlu berperanan menjaga emosi pasan
Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud;
'Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka'
Berdasarkan ayat ini, ternyatalah suami isteri bertanggungjawab untuk berusaha mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan asas keimanan iaitu rukun-rukun dan prinsip-prinsip agama yang luhur. Bagi mengimbangi didikan yang diterima oleh anak-anak, ibu bapa juga perlu meluaskan dalam memberi pendidikan seperti pendidikan akademik, jasmani, akal, kejiwaan dan kemasyarakatan. Ini supaya anak-anak dapat membesar dalam keadaan seimbang sebagai seorang anak yang soleh.
Ibu bapa perlu bersama-sama melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Sikap meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan para pendidik dalam urusan pembelajaran anak-anak perlulah diubah. Hijrah sikap yang sebegini amat penting kerana anak-anak juga terbentuk dan terdidik oleh pengaruh persekitaran. Oleh itu, mentaliti ibu bapa perlu diubah atau di’hijrah’kan dengan mewujudkan persekitaran yang baik yang terdiri daripada ibu bapa sendiri, guru, sekolah, masyarakat dan media yang menjurus ke arah pembentukan insan yang soleh, berguna dan cemerlang.
Keluarga cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa sendiri. Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang harmoni dalam keluarga. Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anaknya sama ada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Dengan didikan yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi k
Menuntut ilmu juga adalah peranan yang perlu dilakukan oleh setiap anak dari keluarga yang cemerlang. Ilmu yang perlu dituntut bukan hanya ilmu keduniaan seperti sains dan matematik, bahkan juga ilmu akhirat seperti akidah, ilmu feqah dan tasawwuf. Anak-anak yang memperolehi kedua-dua ilmu itu sudah tentu dapat menseimbangkan antara ibadat khusus dan pekerjaan supaya antara kedua-duanya tidak diabaikan.
Anak-anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau sudah mati. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh. Jelaslah bahawa peranan anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapanya amat penting bagi menjamin ibu bapanya sentiasa hidup bahagia, sejahtera dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Satu lagi peranan bagi seorang anak untuk mewujudkan keluarga cemerlang ialah menjaga nama baik keluarga. Anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa berkelakuan baik walau di mana sahaja dia berada. Apa yang dilakukan adalah berlandaskan ajaran Islam yang suci walau dalam apa bidang yang diceburi. Anak-anak yang soleh tidak mudah terjebak ke lembah kehinaan seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan sebagainya yang boleh memberi aib kepada ibu bapa dan keluarganya apatah lagi mengganggu gugat keharmonian negara.
Keluarga yang cemerlang bukan hanya diperolehi hasil dari hubungan antara anggota keluarga sahaja malahan hubungan dengan jiran sekeliling. Perhubungan kejiranan yang intim dapat diwujudkan bermula dengan berbual-bual mesra antara satu sama lain. Keluarga yang cemerlang bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga bahkan keharmonian tersebut dapat dikongsi bersama sesama jiran. Sikap dan amalan yang negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti jiran, menabur fitnah, mementingkan diri sendiri, anti sosial dan sebagainya, tidak ada dalam kamus keluarga cemerlang. Setiap anggota keluarga bermula dari ibu bapa sehingga anak-anak adalah sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana harmoni sesama jiran. Oleh itu, keluarga yang cemerlang ialah anggota keluarga yang berhi
Secara umumnya dapatlah ditegaskan di sini bahawa institusi keluarga merupakan unit masyarakat yang paling kecil yang menjadi titik tolak ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang lebih besar dan seterusnya membentuk sebuah negara. Mendirikan rumahtangga atau membentuk sebuah keluarga cemerlang merupakan satu tuntutan Islam dan sempurnanya separuh agama.
Program Rumahku Syurgaku diadakan untuk mengajak dan memandu masyarakat bagaimana untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, aman damai dan cemerlang. Tidak dapat dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dan perselisihan kecil. Namun, berbekalkan iman dan takwa yang mantap, pasti fenomena berkeluarga sedemikian dapat diatasi dan dikawal dengan baik. Perselisihan pendapat adalah fasa penyesuaian satu-satu pasangan dan ia adalah proses kematangan mencapai kecemerlangan hidup berumahtangga.
Oleh itu, berhijrahlah diri dari sikap yang buruk dan pengaruh jahiliyah kepada acuan Islam yang pastinya memandu kita mewujudkan keluarga Islam yang harmoni lagi cemerlang dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk hidup kita. Kikislah minda yang tidak bersesuaian dengan agama agar hidup kita akan diredhai oleh Allah dan mendapat keampunan-Nya.

9/25/12

WAHAI LELAKI,LINDUNGILAH WANITA....



Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah SAW bersabda:
 “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)                           

Huraian hadis:

                                                                                                         1.Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.

2.Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.


3.Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana  kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.


4. Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.



9/22/12

SEDIKIT PESANAN


Amalan yang boleh dilakukan di rumah atau mana-mana sahaja seperti di pejabat,surau,masjid ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan di sekolah:

  1. Ambil wuduk

      2.  Solat hajat dua rakaat

      3. Duduk mengadap kiblat

      4. Beristighfar 3 x diikuti dengan lafaz syahadah 3 x

      5. Baca al-Fatihah 10 kali

      6.Baca surah al-Ikhlas (1 x),al-Falaq (1 x) dan an- Nas (1 x)

      7. Surah al-Insyirah (1 x)

      8. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (10 x)

      9. Baca Yassin (1 x)

     10.Niat dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita untuk menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan mudah.Dinasihatkan berdoa untuk anak kita sekaligus turut berdoa kejayaan anak-anak orang lain seperti anak-anak sahabat kita dan sebagainya.

     11. Sepanjang anak kita menduduki peperiksaan adalah lebih baik ibubapa banyak membaca surah al-Insyirah dan mohon dalam hati agar Allah SWT permudahkan anak-anak kita.

      INSYAALLAH.


8/26/12

HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!



HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!
Oleh: Haslinda Lukman

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah  masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibubapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

UJIAN IMAN
Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati  apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)


DARJAT DI SISI ALLAH
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukanatau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan  seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu  sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."  ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Penutup
Ujian yang datang  juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)


8/12/12

RAMADHAN


Ramadhan,
Semakin hari semakin meninggalkan kita,
Hitungkan berapa banyak amalan yang kita lakukan,
Kirakan berapa banyak pahala yang kita gandakan,
Dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan,
Andai perginya tak kembali lagi,
Menangis air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya lagi
Walaupun rintihan demi rintihan,
Mahupun rayuan demi rayuan.

Ramadhan,
Sepuluh malam permulaan ‘RAHMAT’,
Sepuluh malam pertengahan ‘MAGFIRAH’,
Sepuluh malam pengakhiran ‘KEBEBASAN DARI API NERAKA’,
Antara hari-harinya ‘LAILATUL QADAR’,
Bertuah sesiapa yang terpilih untuk ‘LAILATUL QADAR’.


8/11/12

BINGKISAN TERAKHIR


Andai ini bingkisan terakhir dari saya
maafkan saya wahai teman
saya hanya insan biasa      
yang tidak terlepas dari membuat kesilapan……

andai ukhwahfillah terhenti di sini
maafkan saya wahai teman
saya sedar akan kekurangan diri
siapalah saya di hatimu teman…..

andai saya di beri pilihan
tetap saya memilihmu teman
hanya dirimu teman terbaik
hanya dirimu sahabat terbaik……

andai ini sudah suratan takdir
ukhwahfillah kita sampai di sini
ampun dan maaf saya pohon
atas segala-galanya yang berlaku…..

andai masa boleh diundur kembali
akan saya pertahankan ukhwafillah ini
agar ianya tidak terlerai
agar ianya tersimpul rapi,tapi apakan daya saya……

andai saya tiada lagi
maafkan saya wahai teman
iringilah pemergian saya dengan doa
agar saya tenang dalam pengabdian……

andai ada rasa simpati dihatimu teman
biarkanlah ukhwahfillah ini berterusan
biarpun saya tiada lagi……..
itulah yang saya harapkan….


7/14/12

BISIKAN NURANI-INTEAM



Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini


7/7/12

RAMADHAN

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.

Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.

"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran."


7/3/12

DIA KEKASIH AGUNG 1431 - HIJJAZ



Engkau menjelang tiba
Dengan tawa riang
Membawa kenangan lama
Sejarah akan berulang

1400 tahun yang silam
Mengingati kembali
Perjuangan agung kekasih Ilahi
Menegakkan seruan suci

Di bumi yang tandus ini
Tandusnya iman
Tandus budi dan akhlak
Tandus undang-undang

Datang yang sempurna
Membaiki segala-galanya
Menanamkan semangat
Menaburkan jasa

Moga segeralah timbul pembela baru
Menyambung kembali menegakkan seruan suci

Baktinya suci pada bumi ini
Cerah kembali yang gelap ini

Moga sejahtera hidup
Kekal abadi di bumi bertuah
Bertuah ini