1/27/12

BERCINTA BAGAI NAK RAK,AKHIRNYA.....


BERCINTA BAGAI NAK RAK,AKHIRNYA......

Bila cinta sesama makhluk bergelar insan menguasai diri,lupa pada segala-galanya.Cinta pada PENCIPTA terhakis sedikit demi sedikit.Begitu juga cinta untuk kekasihNYA.Sedikit demi sedikit luput dari ingatan.

Dalam hati hanya ada cinta pada kekasih.Sayangkan kekasih melebihi segala-galanya.Sehari tak bertemu,bagaikan setahun rasanya.Tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang dan segala-galanya yang dilakukan bagaikan tak menjadi.

Kata-kata manis sahaja yang sentiasa meniti dibibir,antaranya:

“Saya sayang awak”.
Saban hari kata-kata sebegini lancar sahaja dipertuturkan.

“Bahagia-bahagia”.

“Aku rindu . . .sayang kamu. . . !!!! where are u. . i miss u very much !!!

Bila putus cinta sesama makhluk bergelar insan,mulalah berbagai kata-kata negative keluar dari bibir,antaranya:

“Go to hell”.
Masa bercinta tak ingat segala-galanya.,yang pahit pun rasa manis.Tambah-tambah yang manis lagi terasa kemanisannya.Segala-gala yang ada depan mata,semuanya nampak baik.Terasa dunia milik berdua,dunia seumpama syurga idaman.

“Kenapa aku diuji sedemikian rupa”.
Baru nak ingatkan ALLAH.Adakah ditinggalkan kekasih itu satu ujian dari ALLAH?Mungkin ALLAH sayangkan kita kot.DIA tak nak kita terjerumus ke lembah kemaksiatan secara terus menerus.Alhamdulillah kemaksiatan dan kemungkaran dapat dijauhi.

“Hidup tak bermakna lagi bagiku”.
Tidak mensyukuri nikmat kehidupan yang ALLAH berikan,segala-gala kurniaan ALLAH adalah sempurna.

Benarlah kata pujangga:
“Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak berbalas”.
Akibat putus cinta:
Jiwa merana
Hati tersiksa
Dunia terasa sempit
Dada terasa mencengkam.


YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH



YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH

Ya Rasulullah,
Kekasih ALLAH……
Kekasih yang tiada bandingan…..
Kekasih sejati…..
hanya engkau ya Rasulullah.

Ya Rasulullah,
peribadimu tidak mampu kami miliki…..
akhlakmu tidak mampu kami tandingi…..
kasih sayangmu pada umatmu tidak mampu kami ikuti…..
pengorbananmu tidak mampu kami jejaki…..
kerana kami hanya insan biasa.

Ya Rasulullah,
tak termampu kami untuk mengikuti jejak langkahmu…..
yang sanggup berkorban apa saja….
demi menegakkan syiar islam…..
sesungguhnya kami insan kerdil…..
terima kasih ya Rasulullah…..
kerana menyayangi umatmu……
hingga ke akhir hayatmu.

Ya Rasulullah,
Kekasih ALLAH…..
akhlakmu mulia……
peribadimu mempesonakan……
jujurmu menambat hati……
sehinggakan kau di gelar Al- Amin……
keperibadian dan kejujuran yang kau miliki……
menambat hati seorang hartawan lagi dermawan…..
Saidatina Siti Khatijah empunya diri.

Ya Rasulullah,
perjuanganmu menegakkan agama tercinta……
tanpa mengharapkan balasan…..
mampukah kami umat-umatmu…..
di akhir zaman ini mengikut jejak langkahmu…..
“Ya ALLAH bantulah kami hamba-hambaMU yang hina ini untuk meneruskan perjuangan kekasihMU”…..
“Ya ALLAH,sesungguhnya kami rindu akan kekasihMU”….
“Ya ALLAH sesungguhnya kami cinta akan kekasihMU”.

Ya Rasulullah,
kau tetap di hati kami semua……
“Sallallahu ‘Ala Muhammad,Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,
Sallallahu ‘Ala Muhammad,Sallallahu ‘Alaihi Wassalam”….
selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam…..
Kekasih ALLAH.


SELAWAT DAN SALAM BUATMU YA RASULULLAH


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam.....

ﺼﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﻤﺤﻤﺪ ﺼﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻮﺴﻠﻡ
ﺼﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﻤﺤﻤﺪ ﺼﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻮﺴﻠﻢ

Ya Rasulullah kekasih ALLAH,
Selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah,
Peribadimu mulia dan terpuji,
Sunnahmu menjadi ikutan,
Umat-umatmu hingga kini.

Ya Rasulullah kekasih ALLAH,
Selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah,
Jujurmu menambat hati,
Sesiapa yang mengenalimu,
Sehingga kau di gelar Al-Amin.

Ya Rasulullah kekasih ALLAH,
Selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah,
Perjuanganmu tiada terbatas,
Tidak mengharapkan sanjungan,
Semata-mata demi agama tercinta dan ikhlas kerana ALLAH.

Ya Rasulullah kekasih ALLAH,
Selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah,
Perjuangan dan pengorbananmu,
Dikenang hingga kini,
Kaulah idola buat umat-umatmu diakhir zaman,
Kau tetap dalam ingatan,kini dan selamanya.

YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA KAMI MERINDUI KEKASIHMU,
INGIN SEKALI KAMI BERTEMU DENGAN KEKASIHMU,
YA ALLAH,
HANYA PADAMU KAMI MEMOHON.




SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Selamat menyambut Maulidur Rasul......

Hari memperingati kekasih kita hampir tiba.....
kekasih kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam....
bagindalah kekasih sejati kita....
kekasih yang akan menolong kita....
diakhirat kelak....
kita bukan nak meraikan Valentine Day.....
apa yang ada pada Valentine Day....
hebat sangatkah Valentine Day.....
usahlah kita terpengaruh....
dengan pujukan iblis syaitan....
sedarlah wahai remaja-remaja sekalian....
muhasabahlah diri sendiri.....
siapa kita,siapa kekasih kita.....
siapa yang lebih hebat....
kekasih kita insan biasa....
atau Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam......
fikir-fikirkanlah,tepuk dada tanya iman.....
Rasulullah ternyata hebat.....
kehebatannya tiada tandingan.....
fikir-fikirkanlah siapa kita hari ini....
andai kita tanpa Rasulullah....
Rasulullah kekasih sejati....
bagindalah yang patut diingati.....
Ya Rasulullah,
cintaku dan kasihku untukmu....
kasihku hanya untukmu...
sayangku melimpah ruah buatmu...
engkaulah kekasihku, kini dan selamanya....
Ya Rasulullah,
sedihku hari ini....
kerana mengingatimu....
gembiraku hari ini....
kerana ku tahu....
engkau mampu menolongku......
diakhirat kelak...
Ya Rasulullah,
engkau tetap dalam ingatan.


DOA DHUHA


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.


1/24/12

SURAH AS-SAFF


Surah As-Saff

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(As-Saff 61:1
A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2
A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3
A004
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(As-Saff 61:4
A005
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.
(As-Saff 61:5
A006
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
(As-Saff 61:6
A007
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(As-Saff 61:7
A008
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
(As-Saff 61:8
A009
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
(As-Saff 61:9
A010
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10
A011
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As-Saff 61:11
A012
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
(As-Saff 61:12
A013
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff 61:13
A014
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(As-Saff 61:14


1/15/12

YANG BAIK ITU BUDI,YANG INDAH ITU BAHASA


Yang Baik Itu Budi; Yang Indah Itu Bahasa


Dari Aisyah r.a,Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk".
(Muslim)


Muhasabah diri:
Satu  anugerah buat kita,jangan pula kita salah gunakan anugerah itu.
Sifat kita yang peramah membuatkan orang suka kepada kita.Di alam maya contohnya yang paling popular masa kini 'facebook',rakan kita beribu-ribu orang,ada yang kita kenali dan ada yang tidak kita kenali.Sikap rajin kita 'berchatting' dan meninggalkan 'comment' pada status rakan-rakan membuatkan kita di kenali.Bila kita postkan sesuatu status pasti ramai yang meng'like'nya walaupun post status kita hanya berbentuk luahan peribadi.Popularnya kita.Jadi janganlah mengambil kesempatan atas keramahan kita untuk mencari populariti sebegitu,jadikan facebook sebagai medan untuk kita berdakwah walaupun hanya satu ayat.


1/13/12

JODOH


Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di loh mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,insyaALLAH si dia turut di jalan yang sama.

Wahai lelaki soleh,jangan risau akan jodohmu kerana muslimat yang bijaksana takkan terpaut pada lelaki hanya pada kekacakkan,kata-kata pemanis dan pujuk rayu seorang lelaki yang meruntuhkan imannya.Telah tercatat seungkap nama wanita di loh mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,insyaALLAH si dia turut di jalan yang sama.Ingat tu wahai insan bernama lelaki.


MUHASABAH DIRI


Muhasabah diri:
Kita adalah musafir,walau sehebat mana pun kita,janganlah kita lupa dari mana kita datang dan dari mana asal usul kita.
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1.Muda vs tua
2.Lapang vs sempit
3.Sihat vs sakit
4.Kaya vs miskin
5.Hidup vs mati


1/12/12

ALHAMDULILLAH TANDA BERSYUKUR



Bila kesenangan menjelma,
Ucaplah alhamdulillah,
Bila kesusahan melanda,
Ucaplah alhamdulillah.

Alhamdulillah,alhamdulillah,
Tanda syukur pada Yang Maha Esa,
Yang menjadikan manusia,
Sebaik-baik kejadian.

Ujian yang menduga,
Tanda ALLAH sayang,
Tidak ALLAH bebani setiap hamba-hambaNYA,
Melainkan terdaya dan termampu.

ALLAH Maha Adil,
ALLAH Maha Penyayang,
Setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya,
Bersabar dan redhalah menghadapinya.


1/10/12

BERHATI-HATILAH MENJAGA HATI


Berhati-hatilah Menjaga Hati

Pada remaja,tidak kira yang berada di sekolah rendah,menengah dan IPT atau di alam pekerjaan,berhati-hatilah menjaga hati.Ia terlalu berharga untuk diberikan kepada seseorang dengan sewenang-wenangnya.Oleh kerana ia terlalu berharga berilah kepada yang berhak dan tinggi darjatnya.Siapa lagi kalau bukan ALLAH?DIA sahaja yang paling layak untuk kita berikan hati kita.

*Hari ini remaja-remaja yang masih lagi di bangku sekolah sudah pandai bermain cinta,baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah.Terlalu mengikut kata nafsu,akibatnya menyesal di kemudian hari.Ianya bukan asing lagi,ditambahi dengan zaman serba maju pada hari ini(zaman kegemilangan IT).


1/7/12

MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI

MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI

                                  Yang singkat itu 'WAKTU'



                                  Yang menipu itu 'DUNIA'



                                Yang dekat itu 'KEMATIAN'



                               Yang besar itu 'HAWA NAFSU'



                                  Yang berat itu 'AMANAH'


                                                           
                                   Yang sulit itu 'IKHLAS'



                             Yang mudah itu 'BERBUAT DOSA'



                                  Yang susah itu 'SABAR'



                      Yang sering lupa itu 'BERSYUKUR'



                                        
              Yang membakar amal itu 'MENGUMPAT' (GHIBAH)



                                                  
                         Yang mendorong ke neraka itu 'LIDAH'



                                    Yang berharga itu 'IMAN'



                   Yang mententeramkan hati itu 'TEMAN SEJATI'


                                      
                             Yang ditunggu Allah itu 'TAUBAT'