1/27/12

BERCINTA BAGAI NAK RAK,AKHIRNYA.....


BERCINTA BAGAI NAK RAK,AKHIRNYA......

Bila cinta sesama makhluk bergelar insan menguasai diri,lupa pada segala-galanya.Cinta pada PENCIPTA terhakis sedikit demi sedikit.Begitu juga cinta untuk kekasihNYA.Sedikit demi sedikit luput dari ingatan.

Dalam hati hanya ada cinta pada kekasih.Sayangkan kekasih melebihi segala-galanya.Sehari tak bertemu,bagaikan setahun rasanya.Tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang dan segala-galanya yang dilakukan bagaikan tak menjadi.

Kata-kata manis sahaja yang sentiasa meniti dibibir,antaranya:

“Saya sayang awak”.
Saban hari kata-kata sebegini lancar sahaja dipertuturkan.

“Bahagia-bahagia”.

“Aku rindu . . .sayang kamu. . . !!!! where are u. . i miss u very much !!!

Bila putus cinta sesama makhluk bergelar insan,mulalah berbagai kata-kata negative keluar dari bibir,antaranya:

“Go to hell”.
Masa bercinta tak ingat segala-galanya.,yang pahit pun rasa manis.Tambah-tambah yang manis lagi terasa kemanisannya.Segala-gala yang ada depan mata,semuanya nampak baik.Terasa dunia milik berdua,dunia seumpama syurga idaman.

“Kenapa aku diuji sedemikian rupa”.
Baru nak ingatkan ALLAH.Adakah ditinggalkan kekasih itu satu ujian dari ALLAH?Mungkin ALLAH sayangkan kita kot.DIA tak nak kita terjerumus ke lembah kemaksiatan secara terus menerus.Alhamdulillah kemaksiatan dan kemungkaran dapat dijauhi.

“Hidup tak bermakna lagi bagiku”.
Tidak mensyukuri nikmat kehidupan yang ALLAH berikan,segala-gala kurniaan ALLAH adalah sempurna.

Benarlah kata pujangga:
“Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak berbalas”.
Akibat putus cinta:
Jiwa merana
Hati tersiksa
Dunia terasa sempit
Dada terasa mencengkam.


No comments:

Post a Comment