2/27/12

MUSLIMAH SEJATI


Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata,wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.Itulah yang terbaik.
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.


2/19/12

SAHABAT


SAHABAT

Sahabat…..
kau hadir tepat pada waktunya…..
di saat aku memerlukanmu…..
sahabat di saat kesenangan menjadi milikku…..
sahabat di saat kesusahan menimpaku…..

Sahabat….
kemesraan yang terjalin di antara kita…..
menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan…..
walaupun ada di antara kita…..
tak pernah mengenali antara satu sama lain…..
tak pernah bersua…..
hanya alam siber yang menjadi penyambung ikatan persahabatan kita…..

Sahabat…..
kita sering bergurau senda…..
gurau senda di antara kita,mengeratkan kemesraan yang sedia terjalin…..
gurau senda di antara kita,tanpa menyakiti hati sesiapapun…..
gurau senda di antara kita,tidak melampaui batas…..
hanya gurau senda di antara sahabat kepada sahabat…..
itulah kemesraan yang wujud di antara kita…..

Sahabat…..
gembira kita,gembira semua orang…..
sedih kita,sedih semua orang…..
andai salah seorang seorang di antara kita gembira,maka gembiralah kita semua…..
andai salah seorang dari kita bersedih,maka bersedihlah kita semua…..
andai kita bersedih.ramai yang menawarkan diri…..
untuk sama-sama berkongsi kesedihan dengan kita…..

Sahabat…..
semoga ikatan silaturrahim…..
di antara kita berpanjangan…..
kekal selamanya…..amin.


2/18/12

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH


Ciri-ciri isteri solehah 

*Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.


2/15/12

UNTUK MEMILIH TEMAN


Untuk memilih teman….lelaki mesti pilih wanita yang cantik,bergaya n boleh di bawa ke sana sini.Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikkan pasangannya.
Antara pujian itu:
“pandai kamu memilihnya,kalaulah aku dapat,aku x akan lepaskannya”.
“pewittt,hebatnya kamu,cantik….cantik….cantik”.
Mestikan berbangga jika menerima pujian sebegitu.
Pasangannya boleh di bawa kemana-mana sahaja,setiap hari keluar dating….x kira siang malam,yang penting bahagia.Setiap hari ada temujanji.Setiap hari keluar berdua,tanpa jemu-jemu.Bahagiakah namanya itu,jika setiap hari keluar dating.Itulah lumrah pasangan berkasih,lupa segala syariat dan hukum ALLAH.
“yang penting happy,hidup hanya sekali”
Tahu pula hidup hanya sekali,kenapa x banyakkan amal ibadat,supaya kat sana nanti lebih bahagia,x ada masalah yang menimpa,x payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya x cantik,x bergaya….biarpun pasangannya seorang muslimah sejati,orang tentu akan mengejinya.Mesti dia terseksa,walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin syurga buatnya.
Antara kejian itu:
“x de orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan,leceh la”
“hahahaha,sakit perut aku,lawak,lawak….ketinggalan zaman la bro”
Mesti sakit hatikan,jika menerima kejian sebegitu.
Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi,dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua,kerana dia takutkan azab ALLAH dan dia x mahu hanyut oleh godaan iblis syaitan laknatullah.
Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini,sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.
Tentu kita bersungutkan,kalau ajakan kita x dapat dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita,walaupun dia x cantik pada rupa paras,tapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti.Ilmu agamanya penuh didada dan  menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

Untuk memilih teman…..wanita mestilah memilih lelaki yang handsome,bergaya n loaded.Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang handsome,bergaya n loaded….bahagia sangat-sangat,terasa dunia ini milik berdua.Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.
Antara pujian itu:
“hebatnya kamu,dah la handsome,bergaya…..loaded lagi”
“kalaulah aku dapat,bahagianya”.
Dalam hati x terkata,betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu.Tidur malam x lena,sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Happy sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa.Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.Sekarang ini zaman serba maju….ada facebook,handphone…hanya dihujung jari semuanya boleh jadi.Siang keluar dating,malam pun keluar dating….bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms,call n chatting kat facebook sehingga jam 3-4 pagi.Tak jemukah berbuat begitu.Tentu tidakkan.bila diri di lamun cinta,x jemu-jemu meluahkan rasa rindu.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya x handsome,x bergaya n x loaded….walaupun pasangannya seorang muslimin sejati,tentu malukan.Ya la,pasangan orang lain semuanya handsome,bergaya n loaded,sedangkan pasangan kita……huhuhu.Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi.x suka keluar dating kerana takutkan ALLAH.Tentu bosankan,asyik terperap aje.Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih,x sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita,mungkin ALLAH dah tetapkan untuk kita,supaya kita x terus hanyut dengan godaan iblis syaitan.ALLAH nak bagi untuk kita yang terbaik,jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita x terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.Kat dunia kita x merasai azab ALLAH,sebab tu la kita masih menghampiri maksiat,yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan aje.Kalaulah ALLAH turunkan azabnya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia,apakah yang terjadi kepada kita….sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Renungilah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Terbaik dari segala hal….
Duniawi mahupun ukhrawi…
Kelak dirimu bahagia .

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Soleh dan solehah…..
Mukminin dan mukminat….
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat….
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Baginya dunia hanya sementara…
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi….
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Al-Quran jadi panduan hidup…
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan….
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat….


2/14/12

SAYANG IBU


SAYANG IBU.


Ibu…..
bila malam menjelma…..
lenamu begitu mengasyikkan…..
tanpa kau sedari……
perlahan-lahan ku tatap matamu…..


Ibu…..
tak dapat ku bayangkan,andai mata itu…..
tak akan terbuka lagi…..
bersemadi selama-lamanya…..
bersama-sama dengan jasadmu…..


Ibu…..
ku sedar tanpamu siapalah aku…..
tanpamu juga tak mungkin…..
aku dapat menikmati hidup…..
di bumi yang sementara ini…..


Ibu…..
pengorbananmu tak terbalas olehku…..
biarpun dengan harta melimpah ruah…..
biarpun dengan wang ringgit tinggi menggunung…..
biarpun dengan nyawaku sendiri……


Ibu…..
kasih sayangmu tak berbelah bahagi…..
kasih sayangmu sama rata……
kasih sayangmu luhur……
tanpa membezakan sesiapapun…..


Ibu…..
Ku bersyukur sangat-sangat……
Memiliki seorang ibu yang penyayang…..
Sabar dengan setiap kerenahku…..
Sabar melayani kehendakku……
Biarpun terkadang hatimu di lukai…..
Namun kau tetap bersabar…..


Ibu…..
Engkaulah ratu hatiku.


UJIAN DAN DUGAAN DALAM HIDUP


Sukarnya jadi orang popular,ditambah lagi dengan handsome(bagi lelaki) dan cantik(bagi perempuan).Ramai yang ingin mendekati.Kalau artis tu lainlah,terang-terang dah popular,ini tak orang biasa aje. ‘Handsome’ sangat pun payah,ramai wanita yang menaruh hati.Kalau kebaikan diberikan seperti kerap memberi pertolongan atau apa-apa aje pun disalahertikan.Mulalah gangguan diterima melalui sms di telefon,chat,mesej inbox di facebook dan macam-macam lagilah.Zaman sekarang semuanya mudah,hanya dihujung jari aje,maklumlah ‘dunia dah maju,zaman dah berubah’.Hanya satu ‘klip’je semuanya jadi mudah.

Akibat tak mahu diganggu berterusan pendekatan mudah terpaksa diambil, kekosongan‘status hubungan’di facebook terpaksa diisi.Walaupun hakikat sebenarnya,tiada mempunyai hubungan dengan sesiapapun,tapi oleh kerana kerap sangat  menerima gangguan,itulah jalan terakhir yang terpaksa diambil semata-mata untuk mengaburi mata ‘si pengganggu’ itu.Kasihan sesiapa yang menerima nasib sebegini.

Sudah menjadi satu rutin,tak semena-mena terpaksa ‘update status’ mengenai hubungan percintaan.Bahagia sangat-sangat di lamun cinta.Padahal tiada sesiapa pun yang bertakhta di hati.Kalau di fikirkan kembali,banyak masa terbuang melayan situasi yang sebegini.Di dada facebook,dipenuhi status percintaan.Timbul belas kasihan,pada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini.

Urusan-urusan lain semuanya terganggu.Kehidupan tak setenang orang lain.Manakan tidak,asyik ada gangguan aje.Saban hari pula tu tak kira siang malam,pagi petang.Ada-ada aje sms di telefon,mesej inbox  di facebook.Berbagai-bagai kata manis diterima,hinggakan ada yang boleh mengongcangkan iman,andai iman tak kuat pasti mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.Elakkan diri dari terjebak kearah kemungkaran dan kemaksiatan.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya,hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-A'raaf ayat:200

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)”. (Al-A'raaf ayat:201

Kepada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini,banyakkan bersabar dan mohon doa dari ALLAH,moga  ‘si pengganggu’ itu berhenti terus dari mengganggu anda.

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah ayat:153)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (A-li'Imraan ayat:200)

Anggaplah itu semua ujian dan dugaan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang beriman.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah ayat:286)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”. (A-li'Imraan ayat:8)


DOA



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ya Allah,
andai hati insan ini dibelenggu masalah,
ENGKAU tenangkanlah hatinya,Ya Allah,
Ya Allah,
andai hati insan ini terluka,
ENGKAU sembuhkanlah hatinya,Ya Allah,
Ya Allah ,
andai insan ini tak mampu menanggung ujian seorang diri,
ENGKAU  kurangkanlah penderitaannya,Ya Allah,
Ya Allah,
andai insan ini dah tak berdaya,
ENGKAU kuatlah semangatnya,Ya Allah,
Ya Allah,
andai insan ini mudah mengalah dengan dugaan yang datang bertimpa-timpa,
ENGKAU bantulah dia,Ya Allah,
Ya Allah,
andai insan ini tak dapat menerima ketentuanMU,
ENGKAU  kembalikanlah dia ke jalan yg diredhai olehMU Ya Allah,
Ya Allah,
jauhkanlah hati insan ini dari godaan nafsu yg melalaikan,
Tetapkanlah imannya Ya Allah,
Bantulah dia Ya Allah,
Hanya kepadaMU tempat mengadu……

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.




2/12/12

SEKADAR PESANAN


“Salam…nikah gantung jom..Nak kahwin dengan awak”
Wanita solehah juga,memiliki sifat pemalu kerana dia tahu malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan ‘Laailahaillallah’ dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman”.

Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
 “Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya”.

“I love you…I love you so much…ILYSM…MY (I love you so much….miss you)
Macam-macam ungkapan yang ada untuk melahirkan isi hati atau menyatakan cinta pada seseorang.Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,bukan suaminya.Mana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia tak akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia takutkan akan kemurkaan ALLAH.Wanita solehah tidak sesekali berkata begitu kerana dia boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Dia tahu ungkapan itu berhak diberikan untuk siapa,untuk suaminya yang sah.Janganlah ikutkan nafsu semata-mata,nafsu boleh membawa seseorang wanita itu ke lembah kehinaan.Jagalah keperibadiaan sebagai seorang wanita muslimah yang sejati.Wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga ALLAH untuk dirinya.

“Huhu,sori,yela tak nak…nikah gantung save dan safe…save duit,duduk asing tak apa aje…safe hati,tak la perasaan tu dosa”.
Pandai pula bagi cadangan ‘save dan safe’.Tapi bolehkah duduk asing-asing.Sesiapa pun boleh cakap begitu…lidah tak bertulangkan,sanggupkah menahan gelora dalam jiwa.Memanglah safe hati manakala perasaan tu tak menjadi dosa,tapi bahagiakah begitu.Semua orang nak kan kebahagiaan bila dah  berkahwin,bahagia hingga ke akhir hayat…bahagia hingga ke syurga.Dari segi penampilan,semuanya dah ok…tak perlu berubah,ya la menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki.Yang perlu berubah ialah dari segi akhlak dan tingkahlaku.Sudah-sudahlah melayan perasaan…semua itu godaan nafsu iblis syaitan  aje yang cuba menyesatkan manusia akhir zaman.Jagalah  martabat dan maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Yakinlah yang jodoh seseorang itu dah ditetapkan sejak azali lagi.

Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui”.

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.

Lelaki yang soleh,tentu dia inginkan seorang isteri yang solehah dan dia harus berusaha untuk menjadi soleh sebelum dia dapat yang solehah.Ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat,taat ibu bapa,berakhlak,tutup aurat,pandai mengaji,rajin berpuasa sunat dan lain-lain.Jika demikian,mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat sebegitu.Yang lebih sukar ialah ‘menilai’ batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hatinya.Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. ‘Kulit’ baik,belum tentu isinya baik

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)

Wahai wanita solehah,binalah benteng keimanan dalam diri,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun…moga-moga diri tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh…insyaALLAH…..AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”.

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.


2/11/12

MUHASABAH DIRI



Muhasabah Diri

Aku menulis bukan kerana nama,tapi aku menulis kerana ALLAH.Aku ingin mengajak semua sahabat-sahabat kembali mencari jalan yang diredhai ALLAH.Aku berpegang pada sebuah hadis Rasululullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam iaitu:
“Sampaikan walaupun satu ayat”.

Bila aku menulis perkara  berkaitan agama,bukanlah bermakna aku ni seorang yang alim.Aku insan biasa aje,aku bukan dari sekolah agama tapi aku sekolah harian biasa.Aku juga serba kekurangan,masih mencari sinar cahaya bagi menerangi hatiku yang semakin malap dan kabur ini.Aku tak nak biarkan hati ini dari terus berada dalam kegelapan.

Maaflah,andai ada tulisan-tulisanku yang terkesan di hati sanubari sahabat-sahabat.Bukan niatku berbuat begitu,tapi pengalaman banyak mengajarku erti sesuatu.ALLAH anugerahi aku akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.DIA juga anugerahi aku mata untuk melihat sesuatu yang terjadi.Aku juga di anugerahi telinga olehNYA untuk mendengar.Apa yang ada pada diriku semuanya anugerah dariNYA.

Aku guna anugerah dariNYA untuk melakukan sesuatu yang berfaedah.Aku berjanji pada diriku sendiri,aku takkan sia-siakan anugerah dariNYA.Melalui tulisan-tulisanku juga ,terlebih dahulu aku tujukan buat diriku sendiri.Aku juga kembali bermuhasabah diri siapa aku  yang sebenarnya.Aku hanya seorang insan yang serba kekurangan,menumpang buat sementara di bumi milikNYA.


2/8/12

ALAIHAI! MENANTU KAYA DAN MENANTU MISKIN


Ketara sangat perbezaan antara menantu kaya dan menantu miskin dari segi sikap,kerajinan,budi bahasa,pergaulan antara adik beradik dan sikap pilih-memilih.

Menantu yang datang dari keluarga kaya memang sejak lahir lagi,dah senang-lenang.Tak biasa hidup susah.Apa yang dikehendaki pasti akan tertunai tanpa ada alasan tangguh menangguh.Adakah dengan kekayaan yang datang dari hasil titik peluh kedua orang tua kita,kita boleh berlagak sombong dengan orang lain?Menantu kaya ada IJAZAH,ada MASTER dan tak lama lagi sambung PHD.Wah! hebatnya menantu yang datang dari keluarga kaya.Apakah dengan  memiliki kesemua itu dapat menjamin syurga di akhirat kelak?Tepuk dada tanyalah iman.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Firman ALLAH:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman ayat:18

Orang lain pun manusia juga,hina sangatkah orang miskin ni?Sedarlah disisi ALLAH,manusia ni semuanya sama.Tiada beza membeza antara satu sama lain,yang membezakan hanya amalan yang dilakukan.Andai amalan yang dilakukan ikhlas kerana ALLAH dan semata-mata mengharap keredhaan ALLAH,insyaALLAH syurga sebagai balasannya tanpa mengira seseorang itu miskin atau kaya.

Di dunia,bolehlah mengasingkan diri dari orang miskin tetapi di akhirat nanti tiada peluang berbuat begitu.Samaada suka atau tak,semua tu bukan kita yang menentukan.
Bila disana nanti,siapalah kita.Hanya manusia biasa aje,tanpa ada apa-apa kuasa pun untuk menjauhi diri dari orang miskin.

Sebelum berkahwin tu selidiklah dulu,asal usul pasangan kita.Tanya pada diri,andai pasangan kita miskin mampukah kita susah senang bersamanya dan susah senang bersama keluarganya.Diri pasangan aje yang kita mahu,tapi keluarganya kita tolak ketepi.Fikirlah,apa perasaan keluarga pasangan kita,tentu ada yang kecil hatikan dengan sikap kita.Andai itu jodoh terbaik untuk kita maka terimalah,bukan dirinya sahaja malahan semua ahli keluarganya.Itulah yang sebaik-baiknya.

Ibu mentua kita tentu akan merasa kecil hati dengan kita begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seandainya kita  menunjukkan sikap yang kurang selesa dengan mereka.Apa salah mereka,adakah kerana mereka datang dari keluarga miskin?Pasangan kita ada ijazah,berjawatan tinggi dan ada kehidupan mewah.Pendek kata dah berjaya,tapi sedarlah dan fikir-fikirkanlah serta renung-renungkanlah pasangan kita berjaya dengan restu dan doa siapa,dengan sokongan serta bantuan siapa?Kalau tak dengan restu dan doa mentua kita yang miskin,dengan sokongan serta bantuan ahli keluarga yang miskin.Setiap orang yang berjaya,mesti ada penyokong-penyokong di belakangnya.Dan satu lagi yang harus diingati sampai bila-bila,pasangan kita lahir dari rahim siapa yang menjadikan pasangan kita berjaya hari ini,kalau tak dari rahim mentua yang miskin itu.Ingatlah dari rahim mentua yang miskin itulah,kita boleh menumpang kebahagiaan dan kesenangan pasangan kita.Alasan apa lagi untuk kita berlagak sombong?

Menantu yang datang dari keluarga susah atau sederhana,dah biasa merasai betapa peritnya kehidupan yang pernah dilaluinya.Menantu miskin faham akan kekurangan yang ada pada pasangan dan keluarganya.Hanya orang miskin aje yang faham akan situasi orang miskin yang lain.Orang miskin juga boleh berjaya.

Menantu miskin apa kurangnya,ada ijazah.Tapi tak berlagak sombong.Ada budi bahasa,hormat ahli keluarga yang lain,sentiasa menziarahi ahli keluarga yang lain tanpa ada sikap pilih memilih dan boleh bergaul dengan ahli keluarga yang lain serta ringan tangan membantu ahli keluarga yang lain.Pendek kata serba serbi rajinlah.Bukan bermakna nak beza membeza antara menantu kaya dan menantu miskin,tapi memang itu dah kenyataannya.

Kalau mentua sayang menantu miskin tentu ada yang kecil hatikan.Tentu ada yang akan berkata ‘mentua tak adillah,mentua pilih kasihlah,mentua berat sebelahlah,mentua itulah,mentua inilah.Pening kepala mentua dibuatnyaTahan je lah telinga tu,wahai mentua.Bersabar ajelah dengan menantu kaya dan menantu miskin ni.Sekadar untuk renungan dan iktibar bersama.


2/6/12

MUHASABAH DIRI



Muhasabah  Diri
Sesaat tak berdepan dengan facebook,tak senang duduk dibuatnya.Hati sentiasa meronta-ronta untuk berdepan dengan facebook.Hebatnya facebook.Pagi petang,siang malam mesti berdepan dengan facebook.Agaknya selagi nyawa tak berpisah dengan badan,selagi itulah facebook tetap dihati.

Facebook tempat meluahkan perasaan,
Facebook tempat menzahirkan rasa cinta terhadap seseorang,
Facebook tempat mengadu suka duka,
Facebook tempat menyemai kasih sayang,
Facebook tempat melahirkan rasa rindu,
Facebook tempat pertemuan merpati dua sejoli,
Facebook tempat pertemuan alam maya sesama manusia,
Facebook disanjung hingga kini…hebat,hebat,hebat.
Facebook,facebook,facebook….kau tetap dihati.

Usahlah dikira lalainya hati ketika berdepan dengan facebook sehingga dinihari.Hati lalai dari terus mengingatiNYA.Ilmu yang dikongsi tak seberapa,keseronokkan menjadi pilihan utama.Sama-sama bermuhasabah diri,buat pilihan terbaik,anugerah ALLAH yang ada pada diri kita janganlah dipersiakan.Carilah bekalan untuk perjalanan ke ‘sana’ nanti.


2/5/12

FESYEN TERKINI CANTIK PADA PANDANGAN MANUSIA TETAPI TIDAK PADA PANDANGAN ALLAH


Cemburunya tengok teman-teman berpakaian beraneka fesyen,di majlis sambutan hari raya.Semuanya fesyen terkini,tapi aku cuma berbaju kurung.Aku terpaksa akur dengan kehendak ibuku.Ibu mahu aku berpakaian sopan,lagipun ibu tak suka lihat aku memperagakan fesyen terkini.

Kata ibu:
“apapun fesyen terkini yang diperagakan semasa hayat masih ada,ianya tak akan kekal lama,di penghujungnya hanya kain kapan pembalut tubuh”.

Kata ibu lagi:
“biarlah kita tak cantik pada pandangan mata manusia,tapi hakikatnya kita cantik pada pandangan ALLAH”.

Pada mulanya aku memberontak juga,sebenarnya aku malu dengan teman-teman,asyik-asyik baju kurung memanjang.Pergi sana sini asyik dengan baju kurung.Rasa macam ketinggalan zaman pula,sedangkan fesyen teman-teman ‘up  to date’.Semuanya ibu larang,itu tak boleh,ini tak boleh.

Tapi bila aku fikir balik,tentu larangan ibu bersebab.Ibu bukan sengaja melarang aku berfesyen mengikut peredaran zaman.Ibu tak nak melihat aku terlibat dengan dosa yang berterusan.

Kata ibu:
“sebagai seorang remaja Islam,aurat mestilah dijaga serapi mungkin,tak boleh sesenang hati tunjukkan apa yang dimiliki iaitu anugerah ALLAH kepada yang bukan mahram ataupun bangsa lain”.

Kata ibu:
“aurat dijaga,maruah terpelihara…insyaALLAH”.

Kata ibu lagi:
“biarlah kalau orang nak keji atau  nak ketawakan kita,asalkan Allah tidak mengeji kita dan kita terselamat dari azab siksaan api neraka”.

Firman ALLAH dalam surah Al-A’raaf ayat:26 yang bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup auratkamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”.

“Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya”. (Al-Nahl ayat:81

“Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya”. (Al-Kahfi ayat:31)

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. (Al-Hajj ayat:23

Alhamdulillah,nasihat dari ibu dapat menyelamatkan aku dari azab siksaan ALLAH.Fesyen terkini tak menjanjikan apa-apa,cantik  hanya di dunia sahaja,cantik pada pandangan mata manusia tetapi tidak pada pandangan ALLAH.Kecantikkan di syurga kelak tiada tandingannya.Moga aku tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga ALLAH kelak…insyaALLAH…aamin ya rabbal ‘alamin.


2/3/12

HORMATI IBU BAPA AMALAN BERTERUSAN


Hormati ibu bapa amalan berterusan
Rasulullah anggap menderhaka kepada orang tua dosa besar selepas syirik
TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik
kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada.

ISLAM mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.

Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)

Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim).

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.”

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15).

Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam.

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim)

Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.