Untuk memilih teman….lelaki mesti pilih wanita yang
cantik,bergaya n boleh di bawa ke sana
sini.Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa
memuji akan kecantikkan pasangannya.
Antara pujian itu:
“pandai kamu memilihnya,kalaulah aku dapat,aku x akan
lepaskannya”.
“pewittt,hebatnya kamu,cantik….cantik….cantik”.
Mestikan berbangga jika menerima pujian sebegitu.
Pasangannya boleh di bawa kemana-mana sahaja,setiap hari
keluar dating….x kira siang malam,yang penting bahagia.Setiap hari ada
temujanji.Setiap hari keluar berdua,tanpa jemu-jemu.Bahagiakah namanya itu,jika
setiap hari keluar dating.Itulah lumrah pasangan berkasih,lupa segala syariat
dan hukum ALLAH.
“yang penting happy,hidup hanya sekali”
Tahu pula hidup hanya sekali,kenapa x banyakkan amal
ibadat,supaya kat sana nanti lebih
bahagia,x ada masalah yang menimpa,x payah fikir apa pun.
Kalaulah pasangan yang dipilihnya x cantik,x
bergaya….biarpun pasangannya seorang muslimah sejati,orang tentu akan
mengejinya.Mesti dia terseksa,walaupun dia menyedari itulah pilihan yang
terbaik dan menjamin syurga buatnya.
Antara kejian itu:
“x de orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan,leceh
la”
“hahahaha,sakit perut aku,lawak,lawak….ketinggalan zaman la
bro”
Mesti sakit hatikan,jika menerima kejian sebegitu.
Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada
duniawi,dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua,kerana dia
takutkan azab ALLAH dan dia x mahu hanyut oleh godaan iblis syaitan
laknatullah.
Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini,sentiasa
menolak ajakan kita untuk keluar berdua.
Tentu kita bersungutkan,kalau ajakan kita x dapat
dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita,walaupun dia x
cantik pada rupa paras,tapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti.Ilmu
agamanya penuh didada dan menjadi
benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.
Untuk memilih teman…..wanita mestilah memilih lelaki yang
handsome,bergaya n loaded.Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan
yang handsome,bergaya n loaded….bahagia sangat-sangat,terasa dunia ini milik
berdua.Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.
Antara pujian itu:
“hebatnya kamu,dah la handsome,bergaya…..loaded lagi”
“kalaulah aku dapat,bahagianya”.
Dalam hati x terkata,betapa bangganya memiliki pasangan
sebegitu.Tidur malam x lena,sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Happy
sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa.Sanggup bersengkang mata
hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.Sekarang ini
zaman serba maju….ada facebook,handphone…hanya dihujung jari semuanya boleh
jadi.Siang keluar dating,malam pun keluar dating….bila tiba larut malam sambung
lagi dengan sms,call n chatting kat facebook sehingga jam 3-4 pagi.Tak jemukah
berbuat begitu.Tentu tidakkan.bila diri di lamun cinta,x jemu-jemu meluahkan
rasa rindu.
Kalaulah pasangan yang dipilihnya x handsome,x bergaya n x
loaded….walaupun pasangannya seorang muslimin sejati,tentu malukan.Ya
la,pasangan orang lain semuanya handsome,bergaya n loaded,sedangkan pasangan
kita……huhuhu.Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi.x suka keluar
dating kerana takutkan ALLAH.Tentu bosankan,asyik terperap aje.Mula nak
bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih,x sesuai langsung dengan cita
rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita,mungkin ALLAH dah
tetapkan untuk kita,supaya kita x terus hanyut dengan godaan iblis
syaitan.ALLAH nak bagi untuk kita yang terbaik,jadi kita harus menerimanya
dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita x terjerumus dalam kancah
kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.Kat
dunia kita x merasai azab ALLAH,sebab tu la kita masih menghampiri maksiat,yang
ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan aje.Kalaulah ALLAH turunkan azabnya
semasa kita berseronok dengan nikmat dunia,apakah yang terjadi kepada
kita….sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Renungilah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Terbaik dari segala hal….
Duniawi mahupun ukhrawi…
Kelak dirimu bahagia .
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Soleh dan solehah…..
Mukminin dan mukminat….
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat….
Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik…..
Baginya dunia hanya sementara…
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi….
Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik….
Al-Quran jadi panduan hidup…
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan….
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat….