12/19/11

APA UNTUNGNYA BERCINTA SEBELUM KAHWIN.



Apa untungnya bercinta sebelum kahwin…apa faedahnya bercinta sebelum kahwin…apa nikmatnya bercinta sebelum kahwin….apa kebaikan yang diperolehi dari bercinta sebelum kahwin..

Adakah bercinta sebelum kahwin menjanjikan kebahagiaan seperti yang diimpikan seandainya batas-batas perhubungan tidak dipelihara?Kebahagiaan dunia dan akhirat…sukar untuk diperjelaskan….sebab sesetengah orang kata bahagia sangat bercinta sebelum kahwin…tapi bahagia yang macam mana…Adakah bahagia yang dikejar untuk dunia sahaja?Bahagia selama-lamanya di akhirat tidak di ambil peduli.

Bercinta sebelum kahwin boleh mengundang berbagai-bagai  masalah seterusnya terjebak ke lembah maksiat…dari dosa sekecil-kecilnya boleh merebak menjadi dosa sebesar-besarnya….ingatlah ada orang ketiga bila berdua-duaan….memang x boleh dielakkan….sebab tugas orang ketiga untuk menyesatkan umat akhir zaman ini…usahanya x pernah mengenal putus asa...

Renumgilah firman ALLAH dalam surah (An-Nuur ayat 21) yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui “.

Bercinta sebelum kahwin….hati akan sentiasa merindui,hati akan sentiasa berkeinginan….fikiran akan sentiasa terbayangkan wajah  kekasih,fikiran sentiasa tidak tenteram bila sehari x bertemu dengan kekasih….mata x jemu-jemu memandang gambar kekasih….maka dari itu lahirlah ungkapan-ungkapan ‘i love you’…’i miss you so much’…. terhasil juga panggilan-panggilan manja untuk kekasih… ‘my dear’… ‘darling’… ‘hubby’….bibir sentiasa x lekang dengan kata-kata ‘sayang’.. ‘rindu’.. ‘kasih’.. ‘cinta’….apakah dengan ungkapan-ungkapan  itu boleh membuatkan seseorang itu bahagia?Bahagia dunia dan akhirat.Terjebak diri dalam kancah zina hati.Tepuk dada tanyalah iman.

Mata x jemu-jemu memandang gambar kekasih,hati berkeinginan,fikiran membayangkan sesuatu yang indah-indah dengan kekasih….maka dari itu bermulalah dosa ,dari sekecil-kecil dosa merebak menjadi sebesar-besar dosa…Elaklah diri dari semua perkara yang boleh  mendatangkan kemurkaan ALLAH...

Andai ada jodoh tak kemana perginya dan yakinlah ajal maut jodoh pertemuan sudah di aturkan sejak azali lagi.Kita hanya mampu merancang,ALLAH jua yang menentukan.

Selamilah dan bukalah minda seluas-luasnya serta hayatilah firman ALLAH:

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.(An-Nuur ayat:26)

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”.(An-Nuur ayat:31)

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”.(An-Nuur ayat:32)

Janji ALLAH kepada setiap hamba-hambaNYA sangatlah indahnya.

Bila bahagia bercinta dengan kekasih insan biasa,semuanya indah-indah belaka.
Bila derita putus cinta dengan kekasih insan biasa,semuanya sengsara belaka.
Indahnya bercinta dengan kekasih insan biasa,nikmatnya cuma sekejap sahaja.
Indahnya bercinta dengan ALLAH,nikmatnya sampai bila-bila.
Sayangkan kekasih,biarlah berpada-pada….
Kelak hati dilukai,kesannya berpanjangan….
Sayangkan ALLAH,biarlah selamanya….
Hati tenang,jiwa tenteram,hasilnya nikmat berpanjangan.

Cintakan kekasih,nikmatnya sementara….
Ditinggalkan kekasih,jiwa merana…..
Cintakan ALLAH,nikmatnya tiada akhirnya….
ALLAH tetap bersama-sama kita.


BILA CINTA MENGUASAI DIRI


Bila cinta mula menguasai diri,bila kekosongan hati mula terisi,bila hati dah berkenan,semuanya indah-indah belaka.Tiada satu pun keburukan yang timbul.Kata-kata keramat ‘i love you’sayang sentiasa bermain di bibir setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap detik.Tidur malam sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Tidur tak lena,makan tak kenyang,mandi tak basah kerana sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Kalau dalam sehari tak bersua muka ,tak mendengar suara…tak senang duduk dibuatnya.

Bila cinta mula menguasai diri,terlupa pada keadaan sekeliling.Terlupa pada teman-teman yang lain,yang sanggup bersusah payah bersama-sama.Hebatnya penangan cinta.Kerana cinta lupa segala-galanya.

Tidak jemu ke,setiap hari keluar dating,lupakah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh keluar berdua-duaan,sudah lupakah hukum halal haram.Ataupun buat-buat lupa.Dimana letaknya akal yang waras kurniaan Ilahi,tak boleh fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk.Kenapa tak terima hakikat,kalau seseorang itu sudah ditetapkan menjadi milik kita sejak azali lagi,tiada seorang pun yang boleh menganggu-gugatnya kecuali dengan keizinan Allah.

Kenapa tak mahu menerima hakikat itu,takut kekasih yang di sayangi,yang di puja di kebas orang.Tak malukah memanggil seseorang yang bukan lagi menjadi hak milik kita secara mutlak dengan panggilan sayang.Tanyalah pada diri sendiri,adakah Islam menyuruh berbuat demikian,lainlah kalau seseorang itu sudah sah menjadi milik kita,akadnya sudah sah lengkap dengan wali dan saksinya.

Zaman serba maju ni,dengan ada berbagai-bagai kemudahan….facebook contoh yang paling hampir dengan kita,cubalah sahabat-sahabat sekalian fokus kepada pasangan-pasangan yang tengah khayal bercinta,yang menjadi rakan facebook kita,ada tak panggilan sayang,honey,my sweet,I love you dan macam-macam lagi?Jawapannya tentu ada kan,cubalah simpan perkataan keramat itu untuk orang yang sah menjadi milik kita.Dan ingatlah kebahagiaan yang sejati bukannya bermula bila cinta menguasai diri tetapi bermula sebaik sahaja kita diijabkabulkan.

Kalau tak malu dengan orang-orang sekeliling pun,malulah dengan Allah.Bahagia semasa bercinta cuma sekejap aje,bila nafsu sudah menguasai akal dan fikiran bahagia itu akan hilang terus.Cuba fikirkan,apa gunanya kita solat 5 waktu,sekiranya kita tak mampu melawan ajakan iblis syaitan,masih lagi membuat perkara-perkara yang mungkar.Keluar dating dengan pasangan kekasih kita,dalam hati hanya wajah kekasih yang sentiasa terbayang-bayang.Sedar tak,secara tak langsung kita dah buat dosa iaitu dosa hati.Ingat yang bukan-bukan tentang kekasih kita.

Kalau dah tak tahan sangat menanggung rindu dendam,ambil jalan mudah dan jalan yang diredhai oleh Allah iaitu akhiri dengan perkahwinan.Selamat segala-galanya.Cubalah bayangkan tengah asyik-masyuk berdating,iblis datang kepada kita,berbisik menyuruh melakukan perkara-perkara yang terkutuk.Mampukah iman kita yang cuma senipis kulit bawang mencegah dan menghalangnya,sedangkan tuntutan hati untuk berdating dengan pasangan kekasih setiap hari pun kita tak mampu untuk mengelak dan menghalangnya.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah wahai remaja-remaja sekalian,samada yang masih di bangku sekolah ataupun yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi,bahawasanya bila cinta menguasai diri,bahagianya cuma sekejap aje yang sempat dirasai oleh kita dan bila nafsu menguasai akal dan fikiran,bila iblis syaitan bermaharajalela dalam hati,bukan lagi kebahagiaan yang kita miliki malahan kemusnahan yang menanti kita.Yang mana tersasar jauh kembalilah semula ke jalan yang di redhai oleh Allah dan yakinlah akan qada dan qadarNYA.Belajarlah menerima hakikat jika seseorang sudah di takdirkan untuk kita sejak azali lagi,dia tetap milik kita.Usahlah terpengaruh dengan nafsu yang melalaikan,bercinta bagai nak rak,akhirnya hancur berkecai di tengah jalan.Apa yang kita dapat.Kecewa,sedih tekanan,jiwa tak tenteram,perasaan gundah gulana…




DOA KEBAHAGIAAN


Ya Allah…..
bahagiakanlah insan-insan ini…..
andai ada jodoh di antara mereka berdua…..
ENGKAU satukanlah hati mereka…..
andai hati dan perasaan mereka terluka…..
ENGKAU sembuhkan dengan nikmatMU…..
andai hati mereka resah gelisah……
ENGKAU berilah penawarnya……
andai mereka lalai dari mengingatiMU…..
ENGKAU berilah hidayahMU…..

Ya Allah…..
bahagiakanlah insan-insan ini……
andai mereka terpesong dengan keseronokkan dunia…..
ENGKAU sedarkanlah mereka kembali…..
bahawa keseronokkan dunia hanya sementara…..
andai mereka mengejar cinta yang belum pasti……
ENGKAU berilah petunjuk…..
bahawa mencintaiMU adalah cinta kekal abadi…..
mencintaiMU  adalah cinta sejati……
andai mereka di takdirkan bersama…..
ENGKAU peliharalah dan berkatilah kehidupan  mereka….

Ya Allah…..
bahagiakanlah insan-insan ini…..
andai dalam hati mereka…..
tersimpan sekelumit cinta dan rindu…..
ENGKAU dekat-dekatkanlah hati mereka……
andai dalam hati mereka……
di penuhi prasangka yang bukan-bukan…..
ENGKAU berilah peringatan…..
bahawa semua itu angkara iblis laknatullah…..
andai perasaan mereka di selubungi sifat malu…..
ENGKAU kekalkanlah…..
kerana malu itu sebahagian daripada iman…..

Ya Allah…..
kepadaMU ku memohon dan kepadaMU ku berserah…..
bahagiakanlah insan-insan ini…..
AAMIIN YA RABBAL ‘ALAMIN.


BERCINTA SELEPAS KAHWIN VS SEBELUM KAHWIN


Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya dirasai oleh mereka yang mengalaminya.
Banyak perbezaan di antara  bercinta selepas kahwin dan bercinta sebelum kahwin.

Bercinta selepas kahwin:
“I love you so much…”,ungkapan yang sering diperkatakan membuat pasangan kita sentiasa dihargai.Salah tak kalau kita berkata begitu,tentu tidakkan.
Bila nak pergi kemana-mana….berjalan berdua-duaan,berpegang-pegangan tangan…juga tak salahkan sebab masing-masing dah halal ikatan perkahwinan.Tapi jangan pula berlebih-lebih,kena fahan situasi dan keadaan.
Dosa semakin menjauhi…..pahala semakin mendekati..
Apatah lagi jika pasangan kita soleh dan solehah….alhamdulillah bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari MADROTILLAH.Indahnya bercinta selepas kahwin.Segala-galanya dapat dielakkan.Taklah sangat kita memikirkan,apa yang kita lakukan ini berdosa atau tak,sebab pasangan kita masing-masing dah halal untuk kita.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi sama-sama diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga ALLAH.
“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Maksiat dapat dielakkan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.

Bercinta sebelum kahwin:
Belum ada apa-apa ikatan,dah macam suami isteri.Zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali,kita enjoy.Entah apa budaya yang diikutinya,melebihi pasangan yang berkahwin.
Bercinta bagai nak rak,serasa dunia milik berdua.Jadikan dunia umpama syurga idaman.
Tambah-tambah lagi sekarang zaman teknologi IT.Segalanya hanya dihujung jari.Satu klip aje dah ada pasangan yang menunggu.Apa lagi,enjoylah..
Mulalah ungkapan keramat di alunkan oleh bibir yang menawan bak delima yang merekah dan bibir yang manis bak gula:
“I love you my dear..”.
“I love you so much darling...”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”.
Apalagi pasangan yang mendengarnya,tentu rasa dihargaikan…tentu terpesonakan dengan ungkapan keramat itu.Dan orang ketiga mesti memainkan peranannya kan.Mesti dibisikkan  dengan pujuk rayu yang mempersonakan untuk mengikuti jejak langkahnya.Akhirnya berjaya juga meramaikan ahli kelabnya,maka bertepuk tanganlah tanda meraikan kegembiraan dan kemenangannya.
Dosa semakin mendekati….pahala semakin menjauhi.
Maksiat berlaku dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.
Kalau ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
“Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman”.

Renungilah Firman-Firman ALLAH:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa' ayat:1)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (An-Nuur ayat:21)

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur ayat:26)

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab ayat:35)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlahh orang ketiganya”.





LELAKI VS PEREMPUAN


Lelaki yang baik x kan pernah berani mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu kepada seorang wanita sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita tetapi  lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.

Lelaki yang baik juga x kan pernah berani bergambar dengan seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.

Lelaki yang baik x kan pernah berani keluar berdua-duaan dengan seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.Dan bimbang juga jika iblis syaitan laknatullah mengambil kesempatan.

Lelaki yang baik juga x kan pernah menyalahgunakan kehebatan IT untuk meluahkan rasa rindu dan sayang kepada seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH dan bimbang jika terselit dosa yang tidak disedari.

Lelaki yang baik akan menasihati wanita yang dikasihinya,agar takut dan malu dengan ALLAH dan menjauhi kemaksiatan serta menjauhi kemungkaran.Percaya apa yang tersirat dan tersurat.Yakin dengan jodoh yang telah ALLAH aturkan.

Lelaki yang baik akan menggunakan akal anugerah ALLAH untuk berfikir sama ada apa yang di lakukan bersama-sama seorang wanita itu baik atau tidak seperti:
-keluar berdua setiap hari.
-mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu.
-bergambar berdua.
-bersms,berchatting dan banyak lagi dengan menggunakan kehebatan IT berlanjutan ke
  larut  malam sehingga menjelang pagi semata-mata hendak meluahkan rasa rindu.
Adakah apa yang dilakukan itu dimurkai ALLAH atau tidak?Tepuk dada tanya iman.
Akal yang waras anugerah ALLAH,gunakanlah sebaik mungkin,jangan sampai anugerah dan nikmat itu ditarik balik sedikit demi sedikit.Jauhi kemaksiatan dan kemungkaran.

Wanita yang baik x kan pernah berani mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu kepada seorang lelaki sehingga lelaki tersebut sah menjadi yang halal baginya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga x kan berani bergambar dengan seorang lelaki yang  belum sah  menjadi miliknya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik x kan berani keluar berdua dengan lelaki yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga x kan berani menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk memikat dan menggoda lelaki.Bukan kerana wanitu itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga akan menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk dipersembahkan kepada lelaki yang sah menjadi miliknya yang bergelar suami buat dirinya bukan untuk tontonan ramai.

Wanita yang baik juga tidak sesuka hati membiarkan dirinya  diusung kehulu kehilir oleh seorang lelaki yang bukan sah menjadi miliknya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH dan bimbangkan iblis dan syaitan mengambil kesempatan bila nafsu menguasai diri.

Untuk menjadi lelaki dan wanita yang baik sangat mudah,jauhi kemaksiatan dan jauhi kemungkaran.Perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH eloklah dijauhi.Hidup biarlah ALLAH sayang dan ALLAH redhai.Kejarlah keredhaan ALLAH untuk mendapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.Tetapkan matlamat hanya syurga ALLAH yang menjadi idaman.Dan ingatlah kebahagiaan dan keseronokkan duniawi hanya sekejap,kebahagiaan dan keseronokkan di sana nanti adalah yang kekal abadi.

Untuk melahirkan rasa cinta,rindu,kasih dan sayang biarlah masing-masing menjadi yang halal buatmu.Bersabarlah,janji ALLAH pasti indah,pasti tepat pada saat dan ketikanya.Wanita solehah untuk lelaki soleh,oleh itu perbaikilah diri masing-masing supaya menjadi lebih baik lagi.


3/29/10

CHELSEA SEDIA GEMPUR UNITED...





FRANK LAMPARD....
LONDON - Chelsea seolah-olah telah memiliki tahap keyakinan tinggi menjelang pertembungan menentang Manchester United pada saingan Liga Perdana England di Old Trafford Sabtu ini.
Malam kelmarin, Chelsea begitu garang apabila membelasah Aston Villa 7-1 sementara United pula mudah menundukkan Bolton 4-0 awal pagi semalam.
Bagi penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins, dia yakin bahawa skuad The Blues mampu untuk mengekalkan prestasi cemerlang mereka itu apabila turun berdepan dengan United nanti.




"Kami akan bertandang ke Old Trafford dengan keyakinan tinggi kerana kami kini tampil dengan aksi terbaik merangkumi aspek bertahan dan menyerang.
"Kami kini kembali dilihat sebagai sebuah pasukan yang baik dan kem pasukan juga dalam suasana yang cukup gembira.
"Kami kini memiliki kelebihan jaringan tetapi saya masih berasakan banyak lagi rintangan yang perlu dihadapi pada baki perlawanan selepas ini," katanya.
Jelas pembantu kepada Carlo Ancelotti itu, pada aksi malam kelmarin, barisan Chelsea berjaya menampilkan aksi kelas pertama selain menjaringkan gol-gol yang cukup menarik dan hebat.
"Kemenangan ini cukup penting tetapi jelas ia sesuatu yang menggembirakan apabila kami dapat menjaringkan banyak gol," jelas Wilkins.
Pada perlawanan tersebut, selain empat jaringan Frank Lampard (gambar) yang dua daripadanya menerusi sepakan penalti, baki tiga lagi gol Chelsea dijaringkan Florent Malouda (2) dan Salomon Kalou (1) manakala gol tunggal Villa dijaringkan John Carew.
Sementara itu, pengurus Villa, Martin O'Neill menganggap kekalahan teruk tersebut merupakan hari yang paling buruk dalam kariernya. - Agensi

3/27/10

kena cari PENGGANTI but im still loving u...

jam oh jam...sory mygirl..jam 'couple' kitorang dh xde...ak mmg xsetia..xpndai jaga brg2 pnting huhuh.




adehh. tanggal 2hb 3, Mak Mandin Futsal Arena jam 10.30p.m, benda yg plg ak syg mcm org couple syg psgn masing2 telah pergi dan xnk duduk 'pegang2'
tgn ak dh mcm ari2 lepas. tgn ak skunk adlh single+available huhu.

baru je bpe minit masuk court terus hancur si 'jantung' ak. adehhh ape salah ak sem nie. byk tol karenah...budget pn byk lari.. adkh nie cabaran tuk budak2 final year?


side mirror view
smlm ak jd goalkeeper so tgas goalkeeper jaga gawang dr bolos.
ade la mamat tu hehe'sepupu ak la' shot so ak tahan la ngn tangan ak..gaya2 ala mcm shoalin soccer cececeeh padahal main mcm budak standard 1 main. xperasan lak ttibe jam tgn ak terpelanting msuk jaring tp bola xmasuk jaring hahaha. giler mase tu bedebor giler2 ati ak kt keadaan jam ak. tgk2 jam ak patah bukan tercabut k.so kalo patah xbleh nk repair dh. ak pn main dlm kebengangan la.

nie dy front view si 'jantung' ak huhuh still loving u

1lg beban terpakse ak tanggung adehhh. memula kasut awal sem ari tu. mak ak suh ak beli kasut baru ak xnk. bukan pe kasut tu still boleh pakai lg sekurang2nyer tuk 1 sem so ak xnk beli la yg baru. membazir je..duit tu belh ak blanja mygirl ak ngeh3. tu xmembazir tp nk mengeratkn kasih sayang kami berdua..dont jeles... tgk2 ari nk balik penang kasut ak xde tmpat yg ak simpan. mak ak kate dh kena bakar, beli yg baru je.. adehhhh terpakse la ak kuar duit sem nie tuk beli kasut. so tibe penang ari ahad b4 1st class stat ak n the geng p survey+beli kasut...brand AZER je...ala2 laptop ACER hehe. ade member ak kate ooo kasut percuma beli laptop acer ka? hahaha...



yg ke-2 lak ak habiskn utk menghiaskn motor kesyanganku...ak syg giler kot kt motor ak tu...setiap sem mesti ak kuarkn sedikit blanja utk hias+tukar alat2 lame+pa pe je la. sampai ade org kate, motor ko nie ko buat mcm awek erk, lebih lbih lg dr awek xtaw ko nie. haha mcm2 la korang kate yg penting ak syg motorku. sem nie ak habiskn dekat rm200. sem lepas dekat rm300...


yg ke-3 lak ak habiskn tuk beli hanset baru..yg nie plg ak sedih.ye la hadiah utk menghargai usaha kite..mestilah kena jaga baik2. ak mmg looser.hanset pn xbleh jaga,4@5 tahun lg nk jaga 'bini' lak..ak niat nk guna hanset tu sampai bila2 and xkn p beli hanset baru. 1st hanset akn ak beli adlh tuk 'org tersyg' ak nati. tp berkecai gara2........hanset ak beli model sony ericson k550i...ak nie peminat setia sony hehhe. ye la hanset lame ak pn sony gak...so habis duit ak lg...

yg ke-4 nie adehhh. ntahhhh...tp kena cari pengganti secepat mgkin...ala jam nie mcm jantung ak la..jantung kalo bpe saat xberfungsi ok la tp kalo bpe minit xke nakye ak...

last2 sem nie budget ak mmg jauh giler lari. kalo 100meter ok gak mcm watson nyambek. tp nie lari 10000m huhu. dh la awal2 sem abg ak pnjam rm1500 tuk beli laptop....tp xpe, nie mase dy susah ak tolong, esok2 ak plak susah dy yg akn tolong kn.. nie la adik beradik saling tolong menolong hahahah ayat tu...skrg ak hampir2 muflis...dh hampir2 d'black list...hampir2 bankruptcy huhuhhu...

3/25/10

Bukan Ku Tak Sudi

Saleem

Bukan Ku Tak Sudi

Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita putus di jalan

Ku harapkan impian
Menjadi Kenyataan
Namun aku kecewa...

Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya mentah di dalam mainan... percintaan
Telah pun ku bentangkan segalanya
Mencari entah dimana silapnya...
Jelas asmara kecundang jua...

( korus )
Bukan ku tak sudi kasih...
Untuk bersama mu bercinta lagi...
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi...

Maafkan diriku sayang...
Menolak cinta mu kali ini...
Walau pun ku tahu...
Bersungguh benar hasrat hatimu...

3/15/10

jatuhh gilerrrrrr


hah result spm dh kuar mggu lepas...ramai yg berjaya...congratz,...
but dlm ranking mrsm se-malaysia pyalah ak terkejut...mcm x percaya....
mrsm besut no.36..dgn kate lain no. last antara mrsm in malaysia...

batch ak dulu dpt no.12 mrsm se-malaysia, antara yg terbaik n record bg mrsm besut setakat nie...tgk2 spm09 jatuh merudum..yg penting kalah ngn mrsm jeli plak tu...jiran, mrsm kota putera pn kite kalah...ape nie?

wahai junior, napelah korang wat record...mmg nk kena nieeeee..kitorang susah2 naikkn name korang lak menjatuhkan besut...kalo no laen bleh la tahan nie no.last...gilerrr tolll.