Bila cinta mula
menguasai diri,bila kekosongan hati mula terisi,bila hati dah berkenan,semuanya
indah-indah belaka.Tiada satu pun keburukan yang timbul.Kata-kata keramat ‘i
love you’sayang sentiasa bermain di bibir setiap saat,setiap minit,setiap
jam,setiap detik.Tidur malam sentiasa terbayangkan wajah kekasih.Tidur tak
lena,makan tak kenyang,mandi tak basah kerana sentiasa terbayangkan wajah
kekasih.Kalau dalam sehari tak bersua muka ,tak mendengar suara…tak senang
duduk dibuatnya.
Bila cinta mula
menguasai diri,terlupa pada keadaan sekeliling.Terlupa pada teman-teman yang
lain,yang sanggup bersusah payah bersama-sama.Hebatnya penangan cinta.Kerana
cinta lupa segala-galanya.
Tidak jemu ke,setiap
hari keluar dating,lupakah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh
keluar berdua-duaan,sudah lupakah hukum halal haram.Ataupun buat-buat
lupa.Dimana letaknya akal yang waras kurniaan Ilahi,tak boleh fikirkan yang
mana baik dan yang mana buruk.Kenapa tak terima hakikat,kalau seseorang itu
sudah ditetapkan menjadi milik kita sejak azali lagi,tiada seorang pun yang
boleh menganggu-gugatnya kecuali dengan keizinan Allah.
Kenapa tak mahu
menerima hakikat itu,takut kekasih yang di sayangi,yang di puja di kebas
orang.Tak malukah memanggil seseorang yang bukan lagi menjadi hak milik kita
secara mutlak dengan panggilan sayang.Tanyalah pada diri sendiri,adakah Islam
menyuruh berbuat demikian,lainlah kalau seseorang itu sudah sah menjadi milik
kita,akadnya sudah sah lengkap dengan wali dan saksinya.
Zaman serba maju
ni,dengan ada berbagai-bagai kemudahan….facebook contoh yang paling hampir
dengan kita,cubalah sahabat-sahabat sekalian fokus kepada pasangan-pasangan
yang tengah khayal bercinta,yang menjadi rakan facebook kita,ada tak panggilan
sayang,honey,my sweet,I love you dan macam-macam lagi?Jawapannya tentu ada
kan,cubalah simpan perkataan keramat itu untuk orang yang sah menjadi milik
kita.Dan ingatlah kebahagiaan yang sejati bukannya bermula bila cinta menguasai
diri tetapi bermula sebaik sahaja kita diijabkabulkan.
Kalau tak malu dengan
orang-orang sekeliling pun,malulah dengan Allah.Bahagia semasa bercinta cuma
sekejap aje,bila nafsu sudah menguasai akal dan fikiran bahagia itu akan hilang
terus.Cuba fikirkan,apa gunanya kita solat 5 waktu,sekiranya kita tak mampu
melawan ajakan iblis syaitan,masih lagi membuat perkara-perkara yang
mungkar.Keluar dating dengan pasangan kekasih kita,dalam hati hanya wajah
kekasih yang sentiasa terbayang-bayang.Sedar tak,secara tak langsung kita dah buat
dosa iaitu dosa hati.Ingat yang bukan-bukan tentang kekasih kita.
Kalau dah tak tahan sangat
menanggung rindu dendam,ambil jalan mudah dan jalan yang diredhai oleh Allah
iaitu akhiri dengan perkahwinan.Selamat segala-galanya.Cubalah bayangkan tengah
asyik-masyuk berdating,iblis datang kepada kita,berbisik menyuruh melakukan
perkara-perkara yang terkutuk.Mampukah iman kita yang cuma senipis kulit bawang
mencegah dan menghalangnya,sedangkan tuntutan hati untuk berdating dengan
pasangan kekasih setiap hari pun kita tak mampu untuk mengelak dan
menghalangnya.
Fikir-fikirkanlah dan
renung-renungkanlah wahai remaja-remaja sekalian,samada yang masih di bangku
sekolah ataupun yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi,bahawasanya bila
cinta menguasai diri,bahagianya cuma sekejap aje yang sempat dirasai oleh kita
dan bila nafsu menguasai akal dan fikiran,bila iblis syaitan bermaharajalela
dalam hati,bukan lagi kebahagiaan yang kita miliki malahan kemusnahan yang
menanti kita.Yang mana tersasar jauh kembalilah semula ke jalan yang di redhai
oleh Allah dan yakinlah akan qada dan qadarNYA.Belajarlah menerima hakikat jika
seseorang sudah di takdirkan untuk kita sejak azali lagi,dia tetap milik
kita.Usahlah terpengaruh dengan nafsu yang melalaikan,bercinta bagai nak
rak,akhirnya hancur berkecai di tengah jalan.Apa yang kita dapat.Kecewa,sedih
tekanan,jiwa tak tenteram,perasaan gundah gulana…
No comments:
Post a Comment