Rahsia Solat Lima
Waktu
Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat
Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang
Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat
yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan
kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5
waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika
tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan
buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat
Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh
para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana
apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah
saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh
orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang
terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan
ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar,
adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang
mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru
lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam
a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib
kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan
kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang
Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka
dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula,
seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara
berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada
Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon
khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s.
selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s.
berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa
yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang
diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam
bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah
SWT 7 perkara:
a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk
menyeberang Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa
mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya
(untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha
illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan engkau utusan Allah).'
Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah
Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah
Al-Baqarah: ayat 286)
No comments:
Post a Comment