12/20/11

USAHLAH BERBANGGA ANDAI ANDA...



USAHLAH BERBANGGA ANDAI ANDA......

Usahlah berbangga andai anda di anugerahi kecantikkan rupa paras..
Kerana kecantikkan itu tak akan kekal lama…
Tapi berbanggalah andai anda di anugerahi kecantikkan amal,iman dan taqwa.

Lihatlah pada sepotong hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berkata kepada Abu Zar:
"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taqwa".
(Hadis Riwayat Ahmad)

Usahlah berbangga andai anda di anugerahi kekayaan harta benda…
Kerana harta benda akan berkurangan sedikit demi sedikt…
Tapi berbanggalah andai anda di anugerahi kekayaan jiwa.

Renungi hadis ini:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Usahlah berbangga andai anda di anugerahi kejayaan duniawi…
Kerana kejayaan duniawi hanyalah bersifat sementara sahaja…
Tapi berbanggalah andai anda dianugerahi kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Berbanggalah andai anda antara yang terpilih menghuni syurgaNYA…
Tapi untuk menggapai syurgaNYA perlukan pengorbanan yang besar…
Sama-samalah berusaha untuk mendapat redhaNYA.
InsyaALLAH..terus berjuang hingga ke garisan terakhir,mudah-mudahan rahmat dan redhaNYA sentiasa bersama kita.


No comments:

Post a Comment