Kurang Agama Dan Kurang Akal
Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan
perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum
wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup
pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita
yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu
banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan
akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan
agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian
dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan
kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada
malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid.
Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
(Muslim)
Huraian
Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah. Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment