12/21/11

MUTIARA KATA UNTUK RENUNGAN


MUTIARA KATA UNTUK RENUNGAN

Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain.

Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia,kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah.

Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir.

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.

Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.

Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati.

Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.Sayangilah ibu anda.

Jangan malu untuk bersedekah walaupun ianya sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

Tingkahlaku adalah umpama cermin di mana setiap orang mempamerkan imejnya

Orang yang cemerlang melihat halangan sebagai peluang, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap halangan sebagai alasan.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Merasakan diri lemah adalah titik mula untuk memajukan diri. Majulah dan bergeraklah bermula dari titik itu

Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan akhirat yang berkekalan.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.

Kekayaan yang paling kaya ialah akal, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri.

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah.



No comments:

Post a Comment