KUNCI KEBAHAGIAAN ADALAH SOLAT
Lembaran pertama
kebahagiaan dalam daftar buku harian dan kegiatan kesihatan pertama dalam
urutan kegiatan di siang hari adalah solat subuh.Oleh sebab itu,mulai saat
ini bukalah hari anda dengan solat subuh.Dengan demikian,anda berada dalam
perlindungan dan ikutan janji dengan Allah.Anda juga berada dalam pemeliharaan
dan penjagaanNya.DIA pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik,lalu
menunjukkan anda kepada setiap kebaikan,mengarahkan anda kepada keutamaan dan
mencegah anda dari segala yang hina.
Sesungguhnya tidak akan berkat hari-hari yang tidak diawali
dengan solat subuh,kerana Allah tidak akan menjadikan siang hari menjadi
dinamik.
Sesungguhnya solat subuh merupakan awal tanda
penerimaan,keberhasilan yang tercatat dalam buku,tanda
kemenangan,kemuliaan,keteguhan dan keberhasilan.Selamat bagi setiap orang yang
menunaikan solat subuhnya dan beruntunglah bagi tiap orang yang menunaikan
solat subuhnya.Kesejukan hati hanyalah bagi orang yang memelihara solat
subuh.Kesengsaraan,penderitaan dan kekecewaan hanyalah bagi orang yang
melupakan solat subuhnya.
No comments:
Post a Comment