30 PESANAN IMAM SYAFIE
1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga
dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3.Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan
dan menyebabkan syaitan gerun.
4.Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar
di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah
menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah
kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
5.Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran
dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia
disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
6.Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang
mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan
bala tenteranya.
7.Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong
sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi
dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8.Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa
mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat
mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan
atas dosa-dosa kamu.
9.Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan
perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
10.Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim
sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi
kejayaan dan kemenangan.
11.Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan
yang cuba
merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai
dengan lima perkara, yakin, ikhlas,
mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam
mengerjakan ibadah.
12.Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia
mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan
qanaah.
13.Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam,
khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14.Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke
satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah
jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq
yang tidak berbelah bagi.
15.Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah,
sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi
minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang
juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji
keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang
dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16.Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira
keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17.Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan
ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh
iringan-iringan pasukan kebatilan.
18.Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu
membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana
kerajaannya.
19.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat
adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah
pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20.Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah
dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab
menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang
hari.
21.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu
dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi,
rasul dan orang soleh.
22.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia
perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23.Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan
kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24.Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia
memperoleh banyak kebaikan.
25.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan
ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah
Allah.
26.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti
mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat :47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong
orang yang beriman.
27.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti
mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj
ayat :38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa,
Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi
memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah
ayat :257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi
petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat :54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman
kepada jalan yang lurus."
30.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan
memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan
perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat: 96 yang
bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan
melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka
mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
No comments:
Post a Comment