Lelaki yang baik x kan
pernah berani mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu kepada seorang
wanita sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan
kerana lelaki itu pemalu dengan wanita tetapi
lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.
Lelaki yang baik juga x
kan pernah berani bergambar dengan seorang wanita yang belum sah menjadi
miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan
ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.
Lelaki yang baik x kan pernah berani keluar berdua-duaan dengan seorang wanita
yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki
itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.Dan bimbang juga jika
iblis syaitan laknatullah mengambil kesempatan.
Lelaki yang baik juga x
kan pernah menyalahgunakan kehebatan IT untuk meluahkan rasa rindu dan sayang
kepada seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu
pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH
dan bimbang jika terselit dosa yang tidak disedari.
Lelaki yang baik akan
menasihati wanita yang dikasihinya,agar takut dan malu dengan ALLAH dan
menjauhi kemaksiatan serta menjauhi kemungkaran.Percaya apa yang tersirat dan
tersurat.Yakin dengan jodoh yang telah ALLAH aturkan.
Lelaki yang baik akan
menggunakan akal anugerah ALLAH untuk berfikir sama ada apa yang di lakukan
bersama-sama seorang wanita itu baik atau tidak seperti:
-keluar berdua setiap
hari.
-mengungkapkan kata
cinta,kasih,sayang dan rindu.
-bergambar berdua.
-bersms,berchatting dan
banyak lagi dengan menggunakan kehebatan IT berlanjutan ke
larut
malam sehingga menjelang pagi semata-mata hendak meluahkan rasa rindu.
Adakah apa yang
dilakukan itu dimurkai ALLAH atau tidak?Tepuk dada tanya iman.
Akal yang waras
anugerah ALLAH,gunakanlah sebaik mungkin,jangan sampai anugerah dan nikmat itu
ditarik balik sedikit demi sedikit.Jauhi kemaksiatan dan kemungkaran.
Wanita yang baik x kan
pernah berani mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu kepada seorang
lelaki sehingga lelaki tersebut sah menjadi yang halal baginya.Bukan kerana
wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.
Wanita yang baik juga x
kan berani bergambar dengan seorang lelaki yang
belum sah menjadi miliknya.Bukan
kerana wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai
ALLAH.
Wanita yang baik x kan
berani keluar berdua dengan lelaki yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana
wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai
ALLAH.
Wanita yang baik juga x
kan berani menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk memikat dan menggoda
lelaki.Bukan kerana wanitu itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan
ALLAH,takut dimurkai ALLAH.
Wanita yang baik juga
akan menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk dipersembahkan kepada lelaki
yang sah menjadi miliknya yang bergelar suami buat dirinya bukan untuk tontonan
ramai.
Wanita yang baik juga
tidak sesuka hati membiarkan dirinya
diusung kehulu kehilir oleh seorang lelaki yang bukan sah menjadi
miliknya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan
ALLAH,takut dimurkai ALLAH dan bimbangkan iblis dan syaitan mengambil
kesempatan bila nafsu menguasai diri.
Untuk menjadi lelaki
dan wanita yang baik sangat mudah,jauhi kemaksiatan dan jauhi
kemungkaran.Perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH eloklah
dijauhi.Hidup biarlah ALLAH sayang dan ALLAH redhai.Kejarlah keredhaan ALLAH
untuk mendapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.Tetapkan matlamat hanya syurga
ALLAH yang menjadi idaman.Dan ingatlah kebahagiaan dan keseronokkan duniawi
hanya sekejap,kebahagiaan dan keseronokkan di sana nanti adalah yang kekal
abadi.
Untuk melahirkan rasa
cinta,rindu,kasih dan sayang biarlah masing-masing menjadi yang halal
buatmu.Bersabarlah,janji ALLAH pasti indah,pasti tepat pada saat dan
ketikanya.Wanita solehah untuk lelaki soleh,oleh itu perbaikilah diri
masing-masing supaya menjadi lebih baik lagi.
No comments:
Post a Comment