Ya ALLAH,Layakkah Aku Ke SyurgaMU
Doa Taubat
Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar
Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku
Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan
Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu
Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu
Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar
Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku
Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan
Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu
Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu
Ya ALLAH, layakkah aku ke syurgaMU.Aku insan yang jahil.Amalan
ku tak seberapa.Sedangkan ku tahu
syurgaMU sangat indah.Syurga juga balasan untuk hamba-hambaMU yang beriman.
“Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat
tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka
di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk
orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya”. (Al-Bayyinah ayat:8)
JanjiMU untuk setiap hamba-hambaMU yang beriman:
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan
mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk
mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah;
Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya. (Az-Zumar ayat:20)
Nikmat syurgaMU tak terjangkau dek pandangan mata kasar.
Dari Abi Hurairah r.a:Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam
bersabda:
“Firman ALLAH:Aku sediakan kepada hamba-hambaKU yang
soleh;apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh
telinga dan tidak pernah terlints dalam fikiran serta hati manusia”.
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh
penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari
utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada
keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…))
(RIWAYAT MUSLIM)
Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab
pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat
bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.
Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur
33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta
setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut,
bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya
tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka
isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat
melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah
dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.
Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud: Rombongan
pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang
berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu
menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak
berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka
dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti
seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.
Ya ALLAH,begitu banyak nikmat-nikmat syurgaMU yang ENGKAU
janjikan untuk setiap hamba-hambaMU yang beriman.
Ya ALLAH,layakkah aku ke syurgaMU.PerintahMU ku
turuti,laranganMU ku tinggalkan.Tapi layakkah aku untuk ke syurgaMU.
Ya ALLAH,jauhilah aku dari nerakaMU,tetapkan dalam hatiku
hanya ENGKAU TUHAN ku.KepadaMU ku beriman,dariMU akan datang dan kepadaMU aku
kembali.
No comments:
Post a Comment