Apa untungnya bercinta sebelum kahwin…apa faedahnya bercinta
sebelum kahwin…apa nikmatnya bercinta sebelum kahwin….apa kebaikan yang
diperolehi dari bercinta sebelum kahwin..
Adakah bercinta sebelum kahwin menjanjikan kebahagiaan
seperti yang diimpikan seandainya batas-batas perhubungan tidak dipelihara?Kebahagiaan
dunia dan akhirat…sukar untuk diperjelaskan….sebab sesetengah orang kata
bahagia sangat bercinta sebelum kahwin…tapi bahagia yang macam mana…Adakah
bahagia yang dikejar untuk dunia sahaja?Bahagia selama-lamanya di akhirat tidak
di ambil peduli.
Bercinta sebelum kahwin boleh mengundang berbagai-bagai masalah seterusnya terjebak ke lembah
maksiat…dari dosa sekecil-kecilnya boleh merebak menjadi dosa
sebesar-besarnya….ingatlah ada orang ketiga bila berdua-duaan….memang x boleh
dielakkan….sebab tugas orang ketiga untuk menyesatkan umat akhir zaman
ini…usahanya x pernah mengenal putus asa...
Renumgilah firman ALLAH dalam surah (An-Nuur ayat 21) yang
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut
jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka
sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan
perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah
kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara
kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah
Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui “.
Bercinta sebelum kahwin….hati akan sentiasa merindui,hati
akan sentiasa berkeinginan….fikiran akan sentiasa terbayangkan wajah kekasih,fikiran sentiasa tidak tenteram bila
sehari x bertemu dengan kekasih….mata x jemu-jemu memandang gambar
kekasih….maka dari itu lahirlah ungkapan-ungkapan ‘i love you’…’i miss you so
much’…. terhasil juga panggilan-panggilan manja untuk kekasih… ‘my dear’…
‘darling’… ‘hubby’….bibir sentiasa x lekang dengan kata-kata ‘sayang’..
‘rindu’.. ‘kasih’.. ‘cinta’….apakah dengan ungkapan-ungkapan itu boleh membuatkan seseorang itu
bahagia?Bahagia dunia dan akhirat.Terjebak diri dalam kancah zina hati.Tepuk
dada tanyalah iman.
Mata x jemu-jemu memandang gambar kekasih,hati
berkeinginan,fikiran membayangkan sesuatu yang indah-indah dengan kekasih….maka
dari itu bermulalah dosa ,dari sekecil-kecil dosa merebak menjadi sebesar-besar
dosa…Elaklah diri dari semua perkara yang boleh
mendatangkan kemurkaan ALLAH...
Andai ada jodoh tak kemana perginya dan yakinlah ajal maut
jodoh pertemuan sudah di aturkan sejak azali lagi.Kita hanya mampu
merancang,ALLAH jua yang menentukan.
Selamilah dan bukalah minda seluas-luasnya serta hayatilah
firman ALLAH:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari
(tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang
baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.(An-Nuur ayat:26)
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”.(An-Nuur ayat:31)
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)
dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi Maha Mengetahui”.(An-Nuur ayat:32)
Janji ALLAH kepada setiap hamba-hambaNYA sangatlah indahnya.
Bila bahagia bercinta dengan kekasih insan biasa,semuanya
indah-indah belaka.
Bila derita putus cinta dengan kekasih insan biasa,semuanya sengsara belaka.
Indahnya bercinta dengan kekasih insan biasa,nikmatnya cuma sekejap sahaja.
Indahnya bercinta dengan ALLAH,nikmatnya sampai bila-bila.
Bila derita putus cinta dengan kekasih insan biasa,semuanya sengsara belaka.
Indahnya bercinta dengan kekasih insan biasa,nikmatnya cuma sekejap sahaja.
Indahnya bercinta dengan ALLAH,nikmatnya sampai bila-bila.
Sayangkan kekasih,biarlah berpada-pada….
Kelak hati dilukai,kesannya berpanjangan….
Sayangkan ALLAH,biarlah selamanya….
Hati tenang,jiwa tenteram,hasilnya nikmat berpanjangan.
Cintakan kekasih,nikmatnya sementara….
Ditinggalkan kekasih,jiwa merana…..
Cintakan ALLAH,nikmatnya tiada akhirnya….
ALLAH tetap bersama-sama kita.
No comments:
Post a Comment