Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya dirasai oleh mereka
yang mengalaminya.
Banyak perbezaan di antara
bercinta selepas kahwin dan bercinta sebelum kahwin.
Bercinta selepas kahwin:
“I love you so much…”,ungkapan yang sering diperkatakan
membuat pasangan kita sentiasa dihargai.Salah tak kalau kita berkata
begitu,tentu tidakkan.
Bila nak pergi kemana-mana….berjalan
berdua-duaan,berpegang-pegangan tangan…juga tak salahkan sebab masing-masing
dah halal ikatan perkahwinan.Tapi jangan pula berlebih-lebih,kena fahan situasi
dan keadaan.
Dosa semakin menjauhi…..pahala semakin mendekati..
Apatah lagi jika pasangan kita soleh dan
solehah….alhamdulillah bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa
mencari MADROTILLAH.Indahnya bercinta selepas kahwin.Segala-galanya dapat
dielakkan.Taklah sangat kita memikirkan,apa yang kita lakukan ini berdosa atau
tak,sebab pasangan kita masing-masing dah halal untuk kita.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi sama-sama
diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga ALLAH.
“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang
melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan
bernilai”.
Maksiat dapat dielakkan dari sekecil-kecilnya hingga
sebesar-besarnya.
Bercinta sebelum kahwin:
Belum ada apa-apa ikatan,dah macam suami isteri.Zaman dah
berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali,kita enjoy.Entah apa budaya yang
diikutinya,melebihi pasangan yang berkahwin.
Bercinta bagai nak rak,serasa dunia milik berdua.Jadikan
dunia umpama syurga idaman.
Tambah-tambah lagi sekarang zaman teknologi IT.Segalanya
hanya dihujung jari.Satu klip aje dah ada pasangan yang menunggu.Apa
lagi,enjoylah..
Mulalah ungkapan keramat di alunkan oleh bibir yang menawan
bak delima yang merekah dan bibir yang manis bak gula:
“I love you my dear..”.
“I love you so much darling...”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”.
Apalagi pasangan yang mendengarnya,tentu rasa dihargaikan…tentu
terpesonakan dengan ungkapan keramat itu.Dan orang ketiga mesti memainkan
peranannya kan.Mesti dibisikkan dengan
pujuk rayu yang mempersonakan untuk mengikuti jejak langkahnya.Akhirnya berjaya
juga meramaikan ahli kelabnya,maka bertepuk tanganlah tanda meraikan
kegembiraan dan kemenangannya.
Dosa semakin mendekati….pahala semakin menjauhi.
Maksiat berlaku dari sekecil-kecilnya hingga
sebesar-besarnya.
Kalau ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan
berkata:
“Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada
dating,calling,chatting,sms romantik,surat
cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman”.
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang
telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa' ayat:1)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak
langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka
sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan
perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah
kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara
kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah
Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (An-Nuur ayat:21)
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari
(tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang
baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur
ayat:26)
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang
perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang
perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang
perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang
perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang
perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah)
serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang
lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan
orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan
orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan
yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah
banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah
banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan
pahala yang besar. (Al-Ahzaab ayat:35)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri
solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di
tempat sunyi melainkan syaitanlahh orang ketiganya”.
No comments:
Post a Comment