KELEBIHAN BERZIKIR
1.Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan
kekuatannya.
2.Zikir menyebabkan keredhaan Allah.
3.Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan daripada hati.
4.Zikir menenangkan dan menggembirakan hati.
5.Zikir menguatkan hati dan badan.
6.Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
7.Zikir menarik rezeki.
8.Orang yang berzikir diberi kehebatan dan kemanisan yakni
orang yang memandangnya akan merasakan kehebatannya dan dikurniakan kemanisan.
9.Zikir melahirkan cinta kepada Allah dan cinta merupakan
roh islam,sumber agama,kebahagiaan dan kejayaan.Sesiapa yang ingin mendapatkan
cinta Allah maka hendaklah dia berzikir sebanyak-banyaknya.Sebagaimana membaca
dan muzakarah merupakan pintu ilmu,demikianlah zikrullah merupakan pintu cinta
akan Allah.
10.Zikir mendatangkan hakikat muraqabah yang membawa
seseorang kepada martabat ihsan.Martabat ihsan inilah yang menyebabkan
seseorang itu beribadat dalam keadaan seolah-olah dia melihat Allah(keadaan
inilah merupakan matlamat para ahli tasawuf).
11.Zikir membawa seseorg kembali kpd Allah.Sedikit demi
sedikit Allah menjadi pelindung dan pembantu dalam setiap keadaannya.Dlm
menghadapi setiap musibah perhatiannya akan tertumpu hanya kpd Allah.
12.Zikir menghampirkan seseorang kpd Allah.Sebanyak mana
seseorg itu berzikir maka sebanyak itulah dia akan hampir kpd Allah.Sebaliknya
sebanyak mana seseorg itu lalai drpd zikrullah maka sebanyak itulah dia jauh
drpd Allah.
13.Zikir membuka pintu makrifatullah.
14.Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah di dlm
hati.Zikir melahirkan tumpuan di dlm hati agar sentiasa ingat kpd Allah.
15.Org yg berzikir disebut oleh Allah di
majlisNYA,sebagaimana firman Allah di dlm Al-Quran,'Ingatlah kamu kepadaKU,maka
Aku akan ingatimu."Juga di terangkan di dlm hadis."Sesiapa mengingati
Aku di dlm hatinya,maka Aku mengingatinya di dlm hatiKU."
16.Zikir menghidupkan hati.Zikrullah bagi hati adalah umpama
air bagi ikan.
17.Zikir adalah makanan bagi roh dan hati.Jika kedua-dua ini
tidak mendapat maka adalah sama seperti badan yg tidak mendapat makanan.
18.Zikir membersihkan karat drpd hati.Karat dan kekotoran
hati ialah keinginan nafsu dan kelalaian,yg hanya dpt di bersihkan
melalui zikir.
19.Zikir menjauhkan diri drpd dosa dan maksiat.
20.Zikir menghapuskan sifat keraguan drpd seseorg terhadap
Allah.Sebenarnya hati yg lalai itu diselubungi oleh sifat-sifat keraguan
terhadap Allah.Sifat ini hanya dpt dihapuskan hanya melalui zikrullah.
21.Ucapan zikir yg dilafazkan oleh seseorg hamba itu akan
menyebut-nyebut hamba itu di keempat-empat penjuru'Arasy Ilahi.
22.Sesiapa yg mengingati Allah dlm kesenangan,Allah akan
mengingatinya ketika dia dlm kesusahan.
23.Zikir menyelamatkan seseorg drpd azab Allah.
24.Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah.Para
malaikat mengelilingi org-org yg berzikir itu.
25.Dgn keberkatan zikrullah,lidah terselamat drpd
mengumpat,mencela,berdusta dan percakapan yg sia-sia.Pengalaman dan kenyataan
telah membuktikan bahawa sesiapa yg membiasakan lidahnya dgn berzikir maka
secara umumnya terpelihara drpd perkara-perkara tersebut.Sebaliknya org yg
tidak membiasakan lidahnya dgn zikrullah maka dia akan terlibat dlm segala
jenis perbuatan yg sia-sia.
26.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
27.Zikir adalah punca persahabatan dgn Allah,sebaliknya
kelalaian adalah punca permusuhan dgnNYA.
28.Sesiapa yg sentiasa berzikir,dia akan memasuki syurga
sambil tersenyum-senyum.
29.Terdapat suatu jenis kekerasan dlm hati yg tidak dapat
dilembutkan melainkan dgn zikir.
30.Zikir adalah asas syukur.Sesiapa yg tidak berzikir maka
dia tidak bersyukur kpd Allah.
No comments:
Post a Comment