Cantikkah Aku?
Cantikkah aku?Kawan-kawan kata aku cantik, ‘macam anak
mami’.Cantik sangatkah aku?Mulalah riak datang menemaniku,bangga datang
menghampiriku,sombong datang menghimpitku dan bermegah-megah datang
menghulurkan salam perkenalan.
Aku jadi bangga diri,aku lupa kecantikkan yang aku miliki
tak bertahan lama.Aku seronok bertemankan riak,bangga,sombong dan
bermegah-megah.Manakan tidak ke mana saja aku pergi semua orang
memujiku.Cantiklah,cutelah,menariklah dan macam-macam lagi
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman ayat:18)
ALLAH berfirman:
“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang
yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari
(memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang
bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka
tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada)
hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan
sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya
sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan
ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”. (Al-A'raaf ayat:146)
Ya ALLAH,aku tewas dengan godaan musuhku sendiri.Aku jadikan
ianya kawan,aku sepatutnya jadikan ianya lawan.Aku tewas,Ya ALLAH..aku
tewas.Ampun aku Ya ALLAH,ampun aku.Aku tidak gunakan akal anugerahMU untuk
berfikir,hatiku lalai dari terus mengingatiMU.Akibat dari pujiaan demi pujian
yang hebat,aku lupa siapa diriku yang sebenar.Aku lupa pada PENCIPTA ku,aku
lupa segala-galanya.Hatiku berbunga riang menerima pujian,yang mana aku
menyedari kecantikkan yang aku miliki hanya bersifat sementara.Tapi oleh kerana
pengaruh musuhku lebih kuat ke atas diriku,aku tak pedulikan semua tu.Aku asyik
dengan dunia ciptaanku sendiri.
Ya ALLAH,ampunkan aku.Aku hambaMU yang lalai.Sedikit je
menerima pujian,aku lupa siapakah yang menganugerahkan kecantikkan buatku.Apa
yang aku miliki,hanya bersifat sementara sahaja,dipinjamkan selagi aku
bernafas.Kecantikkan luaran boleh pudar
pada bila-bila masa sahaja.Aku sedar semua itu.
Kecantikkan rupa paras bukan tiket penentu untuk ke syurga
ALLAH,selagi iman dan taqwa tiada selagi itulah jalan menuju ke syurga malap.
ALLAH berfirman:
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan
masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang
benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisaa' ayat:122)
“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau
perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masukSyurga, dan mereka pula
tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun”. (An-Nisaa' ayat:124)
Apa guna kecantikkan,andai cantik itu tak menjanjikan
apa-apa.Adakah kecantikkan boleh melayakkan syurga untuk diri?Kecantikkan hanya
hiasan dunia semata-mata.
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan
kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan
anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta
kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan
(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya
(iaitu Syurga)”. (A-li'Imraan ayat:14)
Kecantikkan amal,iman dan taqwa itu lebih penting daripada
kecantikkan rupa paras.Amal kebajikan
yang dilakukan seikhlas hati dan kerana ALLAH menjanjikan syurga buat
diri.
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik
untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
bertaqwa”. (A-li'Imraan ayat:133)
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka
mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah
dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang
Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan
amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)”.
(An-Nisaa' ayat:69)
Janji ALLAH,adalah benar.Kecantikkan amal.iman dan
taqwa,menjanjikan syurga.
Tiada guna kecantikkan rupa paras,andai tiada amal,iman dan
taqwa dalam diri.Cantikkanlah akhlak peribadi,cantikkanlah amal,cantikkanlah
iman dan cantikkanlah taqwa,andai mahu ke syurga ALLAH.Hanya mereka yang
beriman serta beramal soleh ALLAH akan
masukkan ke dalam syurgaNYA.
ALLAH berfirman:
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan
masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar.
Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisaa' ayat:122)
No comments:
Post a Comment