KE MANA ARAH TUJU KITA SELEPAS INI...BERMUHASABAHLAH DIRI
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya
pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa
yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah
berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya”. (A-li'Imraan
ayat:185)
Kematian semakin dekat…..
Perbanyakkan amal ibadat…..
Untuk bekalan ke akhirat.
Masih ada peluang untuk bertaubat….
Untuk dosa yang di lakukan setiap detik,setiap saat….
Jadilah seorang mukmin yang taat….
Agar hidup sentiasa berkat.
Allah tidak mengira pangkat….
Apatah lagi dengan darjat….
Setiap orang akan disoal siasat….
Apakah yang di lakukan semasa hayat.
Wahai semua sahabat-sahabat….
Tinggalkan segera kemungkaran dan maksiat….
Insaflah dan segera bertaubat….
Sebelum terlambat.
Moga-moga Allah menerima taubat setiap hamba-hambaNYA…
InsyaAllah…..
No comments:
Post a Comment