Ya Allah…..
bahagiakanlah
insan-insan ini…..
andai ada jodoh di
antara mereka berdua…..
ENGKAU satukanlah hati
mereka…..
andai hati dan perasaan
mereka terluka…..
ENGKAU sembuhkan dengan
nikmatMU…..
andai hati mereka resah
gelisah……
ENGKAU berilah
penawarnya……
andai mereka lalai dari
mengingatiMU…..
ENGKAU berilah
hidayahMU…..
Ya Allah…..
bahagiakanlah
insan-insan ini……
andai mereka terpesong
dengan keseronokkan dunia…..
ENGKAU sedarkanlah
mereka kembali…..
bahawa keseronokkan
dunia hanya sementara…..
andai mereka mengejar
cinta yang belum pasti……
ENGKAU berilah petunjuk…..
bahawa mencintaiMU
adalah cinta kekal abadi…..
mencintaiMU adalah cinta sejati……
andai mereka di
takdirkan bersama…..
ENGKAU peliharalah dan
berkatilah kehidupan mereka….
Ya Allah…..
bahagiakanlah
insan-insan ini…..
andai dalam hati
mereka…..
tersimpan sekelumit
cinta dan rindu…..
ENGKAU
dekat-dekatkanlah hati mereka……
andai dalam hati
mereka……
di penuhi prasangka
yang bukan-bukan…..
ENGKAU berilah
peringatan…..
bahawa semua itu
angkara iblis laknatullah…..
andai perasaan mereka
di selubungi sifat malu…..
ENGKAU kekalkanlah…..
kerana malu itu
sebahagian daripada iman…..
Ya Allah…..
kepadaMU ku memohon dan
kepadaMU ku berserah…..
bahagiakanlah
insan-insan ini…..
AAMIIN YA RABBAL
‘ALAMIN.
No comments:
Post a Comment