12/31/11

KEKAYAAN DUNIA HANYA BERSIFAT SEMENTARA



Kekayaan Dunia Hanya Bersifat Sementara

“Aku kaya,aku kaya…apa aku peduli dengan orang miskin.Semuanya hasil titik peluh aku sendiri,sikit pun aku tak minta pertolongan orang lain”,wah ! bangganya mendabik dada dengan kekayaan yang dimiliki.

Sedar tak kekayaan itu hanyalah sementara aje ataupun buat-buat tak sedar.Hanya kekayaan harta benda je,buat apa nak  mendabik dada.Tahu tak apakah kekayaan yang sebenarnya.

Renungi hadis ini:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” 
 (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian hadis:
1. Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan.
2. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan.
3. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian hadis:
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah.
Pertama: Bertaqwa
Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
Ketiga : Tidak menonjolkan diri
2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.
3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

Kaya harta tak ke mana kesudahannya.Harta boleh hilang bila-bila masa sahaja,andai sikap sombong,bangga diri dan takbur bertakhta dalam diri.Lupa akan nikmat yang ALLAH anugerahi,lupa untuk mengungkapkan rasa syukur atas anugerah ALLAH.

Belajarlah bersyukur dengan mengungkapkan:
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya kekayaan yang melimpah ruah,insyaALLAH akanku gunakan anugerah ini sebaik mungkin dan ke jalan yang diredhaiNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya kesihatan yang baik untuk aku mencari rezeki yang halal dan untuk aku terus beribadat kepadaNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya akal yang baik untuk aku berfikir dan membolehkan aku mencari ilmu ke arah jalan yang diredhai dan diberkatiNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya peluang untuk aku menumpang buat sementara di bumi milikNYA ini,terpegum seketika dengan keindahan alam ciptaanNYA..itulah antara bukti kekuasaanNYA).
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah untuk segala-galanya.


No comments:

Post a Comment