12/31/11

SYUKUR AKAN NIKMATNYA


Syukur Akan NikmatNYA.

“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)” (Al-Mulk ayat:15)

Erti syukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan,hati dan anggota badan.Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari.

 DIA bagi kita banyak nikmat,
Antaranya ialah:
Nikmat Islam
Nikmat hidup
Nikmat kesihatan
Nikmat ketenteraman
Nikmat waktu terluang
Nikmat keluarga
Nikmat kedamaian
Dan byk lagi lah…
Sebagai hambaNYA ,kita perlu bersyukur atas semua nikmat yang diberikan,
Terlalu banyak nikmat yang DIA berikan kepada kita,
Tak termampu untuk di huraikan satu persatu,
Kalau kita sakit , itu juga satu nikmat,
Kerana sakit itu satu kifarah untuk menghapuskan dosa kecil,
Disebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi,
DIA sayangkan kita,
Sebab itu DIA bagi ujian untuk kita,
DIA nak lihat sama ada kita sabar,tabah dan bersyukur atau tidak dalam menghadapi ujian dan dugaanNYA.

“Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)”. (An-Nisaa' ayat:147)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:”Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur,sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur,sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur yang banyak dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah”.

Bagaimana caranya kita bersyukur kepada Allah?Bersyukur kepada Allah ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah dan meletakkan keyakinan kepada NYA dalam apa jua keadaan.Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah hanyalah kata-kata pujian,sanjungan dan pujaan.Justeru hanya Allah yang layak menerima kata-kata seperti itu.Tidak seharusnya terlafaz daripada diri kita perasaan benci,kecewa,buruk sangka,menyesali nikmat hidup yang Allah berikan dan perasaan seumpama itu terhadap Allah.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:”Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah dia mengingatinya,sesiapa yang mengingatinya nescaya dia dianggap bersyukur.Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi nescaya dia dianggap sebagai kufur nikmat”.

Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari.

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”. (Adh-Dhuha ayat:11)

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Al-A'raaf ayat:26)

Walau dalam keadaan apa sekali pun belajarlah bersyukur,lazimi bibir dengan ungkapan alhamdulillah…insyaALLAH berkat segalanya.



KURANG AGAMA DAN KURANG AKAL



Kurang Agama Dan Kurang Akal

Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
(Muslim)

Huraian
Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah. Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


YA ALLAH,LAYAKKAH AKU KE SYURGAMU



Ya ALLAH,Layakkah Aku Ke SyurgaMU

Doa Taubat

Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku

Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu


Ya ALLAH, layakkah aku ke syurgaMU.Aku insan yang jahil.Amalan ku  tak seberapa.Sedangkan ku tahu syurgaMU sangat indah.Syurga  juga  balasan untuk hamba-hambaMU yang beriman.

“Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya”. (Al-Bayyinah ayat:8)

JanjiMU untuk setiap hamba-hambaMU yang beriman:

Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya. (Az-Zumar ayat:20)

Nikmat syurgaMU tak terjangkau dek pandangan mata kasar.

Dari Abi Hurairah r.a:Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Firman ALLAH:Aku sediakan kepada hamba-hambaKU yang soleh;apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlints dalam fikiran serta hati manusia”.
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah Sallallahu  ‘Alaihi Wassalam bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…))
(RIWAYAT MUSLIM)

Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w.   Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.

Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

Ya ALLAH,begitu banyak nikmat-nikmat syurgaMU yang ENGKAU janjikan untuk setiap hamba-hambaMU yang beriman.
Ya ALLAH,layakkah aku ke syurgaMU.PerintahMU ku turuti,laranganMU ku tinggalkan.Tapi layakkah aku untuk ke syurgaMU.

Ya ALLAH,jauhilah aku dari nerakaMU,tetapkan dalam hatiku hanya ENGKAU TUHAN ku.KepadaMU ku beriman,dariMU akan datang dan kepadaMU aku kembali.


KEKAYAAN DUNIA HANYA BERSIFAT SEMENTARA



Kekayaan Dunia Hanya Bersifat Sementara

“Aku kaya,aku kaya…apa aku peduli dengan orang miskin.Semuanya hasil titik peluh aku sendiri,sikit pun aku tak minta pertolongan orang lain”,wah ! bangganya mendabik dada dengan kekayaan yang dimiliki.

Sedar tak kekayaan itu hanyalah sementara aje ataupun buat-buat tak sedar.Hanya kekayaan harta benda je,buat apa nak  mendabik dada.Tahu tak apakah kekayaan yang sebenarnya.

Renungi hadis ini:
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” 
 (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian hadis:
1. Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan.
2. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan.
3. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian hadis:
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah.
Pertama: Bertaqwa
Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
Ketiga : Tidak menonjolkan diri
2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.
3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

Kaya harta tak ke mana kesudahannya.Harta boleh hilang bila-bila masa sahaja,andai sikap sombong,bangga diri dan takbur bertakhta dalam diri.Lupa akan nikmat yang ALLAH anugerahi,lupa untuk mengungkapkan rasa syukur atas anugerah ALLAH.

Belajarlah bersyukur dengan mengungkapkan:
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya kekayaan yang melimpah ruah,insyaALLAH akanku gunakan anugerah ini sebaik mungkin dan ke jalan yang diredhaiNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya kesihatan yang baik untuk aku mencari rezeki yang halal dan untuk aku terus beribadat kepadaNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya akal yang baik untuk aku berfikir dan membolehkan aku mencari ilmu ke arah jalan yang diredhai dan diberkatiNYA).
Alhamdulillah,atas anugerah ALLAH buatku (diberinya peluang untuk aku menumpang buat sementara di bumi milikNYA ini,terpegum seketika dengan keindahan alam ciptaanNYA..itulah antara bukti kekuasaanNYA).
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah untuk segala-galanya.


SURAH AL-INSAAN (MANUSIA)



Surah Al-Insaan

Bismillah

A001
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? 
(Al-Insaan 76:1

A002
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. 
(Al-Insaan 76:2

A003
Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). 
(Al-Insaan 76:3

A004
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang. 
(Al-Insaan 76:4


A005
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", - 
(Al-Insaan 76:5

A006
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. 
(Al-Insaan 76:6

A007
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. 
(Al-Insaan 76:7)  

A008
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, 
(Al-Insaan 76:8

A009
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, 
(Al-Insaan 76:9

A010
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". 
(Al-Insaan 76:10)  

A011
Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). 
(Al-Insaan 76:11

A012
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. 
(Al-Insaan 76:12)  

A013
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; 
(Al-Insaan 76:13

A014
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya. 
(Al-Insaan 76:14

A015
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) - 
(Al-Insaan 76:15

A016
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. 
(Al-Insaan 76:16

A017
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil", 
(Al-Insaan 76:17)  

A018
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil". 
(Al-Insaan 76:18

A019
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. 
(Al-Insaan 76:19

A020
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya). 
(Al-Insaan 76:20

A021
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. 
(Al-Insaan 76:21

A022
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)". 
(Al-Insaan 76:22

A023
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. 
(Al-Insaan 76:23)  

A024
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar. 
(Al-Insaan 76:24

A025
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; 
(Al-Insaan 76:25

A026
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. 
(Al-Insaan 76:26


A027
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). 
(Al-Insaan 76:27)  

A028
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. 
(Al-Insaan 76:28


A029
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). 
(Al-Insaan 76:29


A030
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
(Al-Insaan 76:30


A031
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
(Al-Insaan 76:31




MUHASABAH DIRI


Muhasabah Diri

Kita sanggup bersengkang mata sehingga dinihari semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran bagi mendapatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan tapi kita tidak sanggup untuk  bangun di sepertiga malam untuk mengabdikan diri pada ALLAH.

Alangkah baiknya kalau kita berusaha untuk mendapatkan dunia seiring dengan akhirat.Dunia kita kejar,akhirat jangan kita tinggalkan.Seimbangkan antara dunia dan akhirat.InsyaALLAH,berkat hidup kita.Alhamdulillah.

Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
”Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.”
(Bukhari)

Kalau kita berusaha untuk mendapatkan dunia,kita juga mesti berusaha juga untuk mendapatkan akhirat.Dunia hanya sementara buat kita manakala akhirat suatu tempat yang kekal abadi buat kita..

Jangan pula kita di ibaratkan seperti peribahasa ini:
“Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran”.
Terlalu mengejar dunia sehingga akhirat kita tinggalkan.Akhirnya dunia akan kita tinggalkan,akhirat jua tempat tujuan kita.Adakah kesenangan menanti kita di sana nanti,tepuk dada tanya iman.



SURAH AT-TAARIQ (YANG DATANG DI MALAM HARI)



Surah At-Taariq

Bismillah

A001
Demi langit dan "At-Taariq"; - 
(At-Taariq 86:1

A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? - 
(At-Taariq 86:2)

A003
(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya); 
(At-Taariq 86:3

A004
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya). 
(At-Taariq 86:4

A005
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. 
(At-Taariq 86:5

A006
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) - 
(At-Taariq 86:6


A007
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. 
(At-Taariq 86:7

A008
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati), 
(At-Taariq 86:8

A009
Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya), 
(At-Taariq 86:9

A010
Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). 
(At-Taariq 86:10

A011
Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, 
(At-Taariq 86:11)  

A012
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, 
(At-Taariq 86:12

A013
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), 
(At-Taariq 86:13

A014
Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. 
(At-Taariq 86:14)  

A015
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, 
(At-Taariq 86:15)  

A016
Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). 
(At-Taariq 86:16)   

A017
Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
(At-Taariq 86:17